awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DSI Thailand pertimbang siasatan Tangmo sebagai kes khas

Agensi
Agensi
02/04/2022
07:19 MYT
DSI Thailand pertimbang siasatan Tangmo sebagai kes khas
Rosana Tositrakul menggesa pasukan penyiasat itu untuk memasukkan kes Tangmo Nida Patcharaveerapong sebagai kes khas. - Gambar fail
BANGKOK: Jabatan Siasatan Khas (DSI) Thailand sedang mempertimbangkan untuk mengklasifikasikan kes pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong yang mati selepas terjatuh dalam sungai bulan lalu sebagai kes khas.
Memetik laporan Bangkok Post, perkara itu bagaimanapun akan diputuskan selewat-lewatnya 15 April ini.
Kenyataan itu dikeluarkan Ketua DSI, Dr Triyarith Temahivong sebelum beliau menghadiri mesyuarat mengenai perkembangan siasatan kematian artis itu pada Jumaat.
Mesyuarat itu turut dihadiri bekas Senator Rosana Tositrakul yang menggesa pasukan penyiasat itu untuk memasukkan kes terbabit sebagai kes khas.
Dalam pada itu Dr Triyarith memberitahu, Timbalan Ketua DSI, Phayao Thongsen akan mengetuai pasukan penyiasatan itu yang akan turut dibantu oleh pakar dari Institut Sains Forensik berhubung laporan bedah siasat.
"Pasukan ini dipertanggungjawab untuk menyerahkan laporan terperinci kepada jawatankuasa DSI untuk pertimbangan lanjut," katanya di sini, pada Jumaat.
Jawatankuasa itu dijangka melengkapkan siasatan hujung bulan ini sebelum menyerahkan laporan lengkap kepada Lembaga Kes Khas.
DSI akan membuat keputusan untuk memasukkan kematian artis itu sebagai kes khas berdasarkan lima kriteria iaitu kepentingan awam, kerumitan kes, kesan kepada keselamatan negara, penglibatan jenayah terancang dan penglibatan individu berpengaruh atau pegawai berpangkat tinggi.
Dalam pada itu, laporan bedah siasat kali kedua menunjukkan terdapat 22 kesan luka pada kedua-dua kaki mendiang.
Hasil dapatan itu disahkan Pusat Ilmu Forensik Hospital Universiti Thammasat (CIFS) di Bangkok, sekali gus menjawab 11 keraguan dibangkitkan ibu Tangmo, Panida Siriyuthayothin.
Bagaimanapun, dapatan itu tidak menemukan sebarang kesan patah pada gigi patah, tulang retak atau luka pada muka serta kepala mendiang.
Setiausaha menteri kehakiman, Thanakrit Chit-areerat, berkata bahawa CIFS telah memberi maklum balas terhadap hampir semua isu dibangkitkan Panida.
Topic Berkaitan
#Tangmo Nida Patcharaveerapong
#bangkok post
#Laporan bedah siasatan
#pelakon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan