ABU DHABI: Dua anggota Angkatan Tentera Emiriah Arab Bersatu (UAE) terkorban dalam nahas helikopter pada Isnin akibat kerosakan teknikal, menurut Kementerian Pertahanan UAE.
Kementerian itu menyatakan bahawa insiden tersebut berlaku semasa mereka sedang menjalankan tugas negara di UAE, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).
Advertisement
Kementerian Pertahanan merakamkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada keluarga mangsa yang terkorban.
-- BERNAMA-WAM