KABUL: Ibu kota Afghanistan, Kabul sekali lagi berdepan ancaman keganasan, apabila berlaku letupan sehingga mencederakan dua orang awam.

Bom diletupkan ketika sebuah teksi sedang bergerak di daerah kota E-Sangi, barat Kabul.

Jurucakap Taliban mengesahkan kejadian, bagaimanapun tiada pihak mengaku bertanggungjawab setakat ini.

Ia adalah letupan kedua dalam tempoh dua hari sahaja.

Sebelum ini, sebuah bas mini di daerah sama turut diletupkan selepas wilayah barat Kabul dikuasai puak penentang Taliban, Shiite Hazara.

Dalam kejadian itu seorang individu terbunuh, iaitu wartawan dari Ariana TV, manakala lima yang lain cedera.