awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
KBS galak penglibatan lebih ramai wanita dalam sukan
Kes demam campak di AS lonjak empat kali ganda purata tahunan dalam tempoh beberapa minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia serang infrastruktur tenaga Ukraine, jutaan terjejas

Astro Awani
Astro Awani
29/11/2024
00:15 MYT
Rusia serang infrastruktur tenaga Ukraine, jutaan terjejas
Rakyat Ukraine terpaksa menggunakan generator susulan serangan Rusia ke atas infrastruktur tenaga negara itu. - Foto REUTERS
KYIV: Rusia melancarkan serangan besar kedua bulan ini terhadap infrastruktur tenaga Ukraine pada Khamis, menyebabkan gangguan bekalan elektrik yang meluas di seluruh negara.
Presiden Rusia Vladimir Putin menyatakan serangan tersebut adalah tindak balas terhadap penggunaan peluru berpandu jarak sederhana (ATACMS) oleh Ukraine, yang dibekalkan Amerika Syarikat.
Beliau turut memberi amaran bahawa Rusia mungkin menyasarkan "pusat membuat keputusan" di Kyiv pada masa akan datang.
Tentera udara Ukraine melaporkan bahawa rusia menggunakan 91 peluru berpandu dan 97 dron dalam serangan tersebut.
Sebanyak 12 serangan mengenai sasaran, terutamanya kemudahan tenaga dan bahan api.
Tentera udara Ukraine menyatakan bahawa jumlah peluru berpandu dan dron yang digunakan Rusia sering melebihi keupayaan pertahanan udara mereka di kawasan tertentu.
Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy mengutuk tindakan Rusia itu sebagai "peningkatan kezaliman".
Beliau menegaskan Rusia menggunakan peluru berpandu jelajah yang dilengkapi bahan letupan berangkai dalam serangan tersebut.
Dalam ucapan malamnya, Zelenskyy menyatakan bahawa beliau sedang berbincang dengan pemimpin barat, termasuk Setiausaha Agung NATO Mark Rutte, Perdana Menteri Britain Keir Starmer dan Kanselor Jerman Olaf Scholz.
Perbincangan itu bertujuan membentuk tindak balas terhadap usaha Rusia untuk memperburuk keadaan dan melanjutkan perang.
Serangan Rusia menyebabkan lebih sejuta penduduk kehilangan bekalan elektrik serta berjuta-juta lagi menghadapi pemadaman bergilir yang semakin memburuk.
Topic Berkaitan
#Rusia
#Ukraine
#serangan
#infrastruktur tenaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan