awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN perkenal aplikasi Whatsapp, platform pertanyaan cukai baharu
Letupan di Universiti HELP: Dua pelajar masih menerima rawatan
PERKESO sedia salur bantuan mangsa letupan gas Universiti HELP - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakistan dan Belarus meterai 15 perjanjian, desak henti serangan di Gaza, Lubnan, Syria

Bernama
Bernama
27/11/2024
02:45 MYT
Pakistan dan Belarus meterai 15 perjanjian, desak henti serangan di Gaza, Lubnan, Syria
Shehbaz Sharif (tengah) menyambut ketibaan Alexander Lukashenko (kiri) di pangkalan udara di Rawalpindi, Pakistan, 25 Nov 2024. (Foto AP)
NEW DELHI: Pakistan dan Belarus menandatangani perjanjian dalam pelbagai bidang semasa lawatan Presiden Belarus Alexander Lukashenko ke Islamabad.
Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif dan Lukashenko menerusi satu kenyataan bersama pada Selasa mengulangi komitmen untuk mengukuhkan persahabatan antara kedua-dua negara merangkumi bidang politik, perdagangan, ekonomi, budaya, sosial dan lain-lain.
Sepanjang lawatan dari 25 hingga 27 Nov itu, 15 perjanjian dan memorandum persefahaman (MoU) dimeterai oleh kedua-dua pihak.
Mereka bersetuju menubuhkan perusahaan bersama dalam sektor pertanian dan perindustrian bagi menghasilkan jentera pertanian canggih serta meningkatkan kerjasama dalam sektor seperti farmaseutikal, perdagangan halal, peralatan perubatan, kerjasama akademik dan pertukaran pelancongan.
Pihak Berkuasa Pembangunan Perdagangan Pakistan (TDAP) dan Persekutuan Dewan Perniagaan dan Industri Pakistan (FPCCI) dengan kerjasama Dewan Perniagaan dan Industri Belarus (BelCCI) turut menganjurkan forum perniagaan bagi mempromosi perdagangan dan pelaburan dua hala.
Isu Ukraine dan Palestin turut menjadi tumpuan dalam perbincangan antara Pakistan dan Belarus.
"Kedua-dua pemimpin negara itu menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap peningkatan konflik di Timur Tengah yang membawa kepada krisis kemanusiaan yang dahsyat dan kehilangan nyawa yang besar di Gaza serta Lubnan," menurut kenyataan itu.
Mereka menyeru "penghentian segera permusuhan, tanpa syarat dan kekal" di Gaza dan Lubnan serta mendesak Israel menghentikan serangan di Syria.
Kedua-dua negara turut menegaskan sokongan terhadap penubuhan sebuah negara Palestin merdeka "berdasarkan penyelesaian kepada dua negara, selaras dengan resolusi-resolusi Majlis Keselamatan dan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu."
Pakistan dan Belarus juga menekankan keperluan mencari penyelesaian aman untuk konflik di Ukraine melalui usaha diplomatik.
"Kedua-dua pemimpin menekankan bahawa konflik yang berterusan ini mempunyai kesan meluas bukan sahaja terhadap rantau itu, tetapi juga kepada kestabilan dan keselamatan global," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pakistan
#Belarus
#serangan
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan