awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Algeria bakal batal perjanjian perkhidmatan udara dengan UAE
Pasukan Petugas Industri Labuan diberi tempoh tiga bulan kemuka cadangan penyelesaian - Hannah
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

Bernama
Bernama
23/04/2024
10:16 MYT
Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan
Pusat gempa 6.0 magnitud itu terletak di luar pantai Hualien di Lautan Pasifik, 29.9 kilometer di selatan Dewan Daerah Hualien pada kedalaman 10km. - Gambar fail/Astro AWANI
TAIPEI: Dua gempa bumi berukuran 6.0 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2.26 pagi dan 2.32 pagi Selasa, menurut Pentadbiran Cuaca Pusat (CWA).
Pusat gempa 6.0 magnitud itu terletak di luar pantai Hualien di Lautan Pasifik, 29.9 kilometer di selatan Dewan Daerah Hualien pada kedalaman 10km, lapor agensi berita Central (CNA) berdasarkan data CWA.
Kekuatan gempa bumi itu yang mengukur kesan sebenar peristiwa seismik adalah tertinggi di Daerah Hualien, yang berukuran 5- pada skala kekuatan 7 tahap Taiwan.
Gempa itu tidak lama kemudian diikuti dengan gempa bumi bermagnitud lebih besar 6.3 dengan pusat gempa di Perbandaran Shoufeng Hualien, menurutnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#genpa bumi
#timur Taiwan
#peristiwa seismik
#luar pantai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan