awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
Hubungan China-Malaysia akan terus cemerlang pada 2026 - Duta China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua individu dipenjara bantu larikan bekas CEO Nissan

Bernama
Bernama
07/11/2022
13:52 MYT
Dua individu dipenjara bantu larikan bekas CEO Nissan
Pada Julai 2021, mahkamah daerah Tokyo menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada Michael Taylor dan hukuman penjara satu tahun lapan bulan terhadap anaknya kerana membantu Ghosn melarikan diri. - Gambar hiasan
MOSCOW: Warga Amerika Syarikat (AS) Michael Taylor dan anaknya Peter disabitkan bersalah oleh mahkamah Tokyo kerana membantu bekas Ketua Pegawai Eksekutif Nissan Carlos Ghosn melarikan diri dari Jepun sementara menunggu perbicaraan dan telah diekstradisi ke negara asal mereka.
Pada Julai 2021, mahkamah daerah Tokyo menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada Michael Taylor dan hukuman penjara satu tahun lapan bulan terhadap anaknya kerana membantu Ghosn melarikan diri menaiki jet peribadi ke Lubnan, lapor Sputnik.
Mereka ditahan pada Mei 2020 dan diekstradisi ke Jepun pada Mac 2021.
Kedua-dua tertuduh mengaku bersalah di mahkamah.
Menurut sumber, ekstradisi dua beranak itu ke AS dilakukan berdasarkan perjanjian pemindahan tahanan, lapor Agensi Berita Kyodo pada Isnin.
Ghosn, ahli perniagaan Perancis kelahiran Brazil berketurunan Lubnan telah ditahan di Tokyo pada November 2018 atas tuduhan tidak melaporkan pendapatan ketika beliau menjadi pengerusi Perikatan Renault-Nissan-Mitsubishi.
Jumlah pendapatan yang tidak didedahkan Ghosn dianggarkan sebanyak 9.1 bilion yen (US$86 juta pada masa itu).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Jepun
#larikan diri
#bekas CEO Nissan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan