Sekurang-kurangnya dua orang maut, manakala enam lagi dipercayai hilang dalam nahas pesawat pada Ahad di Tasik Coeur D'alene berdekatan Idaho, lapor Pejabat Sheriff Daerah Kootenai.

Menurut saksi, kejadian berlaku pada kira-kira 2 petang waktu tempatan, apabila dua pesawat bertembung di udara lalu terhempas di tasik berhampiran Teluk Powderhorn.

Susulan kejadian itu, beberapa agensi tempatan, termasuk pasukan marin, bomba dan pengawal pantai Amerika Syarikat bekerjasama melakukan operasi mencari dan menyelamat.

Menurut jurucakap polis, Leftenan Ryan Higgins, dua mayat telah ditemui dari pesawat bagaimanapun mangsa masih belum dapat dikenal pasti.

Tambahnya, siasatan mungkin akan diambil alih oleh Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan untuk tempoh beberapa hari akan datang.