PATTANI: Dua orang termasuk seorang ketua kampung maut manakala dua lagi anggota polis cedera dalam satu insiden berbalas tembakan di Pattani, selatan Thailand.
Jurucakap Pusat Arahan Operasi Keselamatan Dalam Negeri (ISOC) Bahagian Ke-4 Kol Kiattisak Neewong berkata kejadian bermula kira-kira 2 petang (waktu tempatan) pada Isnin.
Kejadian berlaku semasa pasukan keselamatan mengepung sebuah rumah dipercayai menjadi lokasi persembunyian seorang anggota militan di Nong Chik, Pattani dengan pasukan keselamatan turut mengarahkan anggota militan itu menyerah diri.
Namun, beliau berkata anggota militan itu melepaskan tembakan dan cuba meloloskan diri apabila pasukan keselamatan mengarahkan penduduk kampung berdekatan pindah ke tempat selamat.
"Ketua kampung yang sedang menasihatkan anggota militan itu serah diri terkena tembakan. Selain itu, dua lagi anggota polis turut cedera dalam insiden berbalas tembakan itu.
"Ketiga-tiga yang cedera digegaskan ke hospital. Ketua kampung cedera parah akibat terkena tembakan di paha dan meninggal dunia di hospital," katanya pada satu sidang media di sini pada Selasa.
Kiattisak berkata insiden berbalas tembakan yang bermula 6 petang (waktu tempatan) dan berakhir 30 minit kemudian.
"Apabila keadaan reda, kami menemui mayat anggota militan itu di dalam rumah," katanya.
Siasatan mendapati lelaki itu diburu pihak berkuasa Thailand kerana disyaki terlibat dalam beberapa insiden letupan di selatan Thailand termasuk insiden letupan bom di stesen minyak di Pattani pada Ogos tahun ini.
"Lelaki itu adalah seorang anggota militan yang dikehendaki dan mempunyai sekurang-kurangnya tujuh waran tangkap," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 08 2022
Kejadian berlaku semasa pasukan keselamatan mengepung sebuah rumah dipercayai menjadi lokasi persembunyian seorang anggota militan di Nong Chik, Pattani. - Gambar hiasan/ Reuters
Piala AMEC: Persatuan Bola Sepak Thailand tampung kos penyokong Malaysia cedera dipukul
PENYOKONG Malaysia yang tercedera akibat dipukul oleh penyokong tuan rumah di Stadium Rajamangala, Bangkok malam tadi, mendapat perhatian segera daripada Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT).
Tengku Zafrul akan perjelas spekulasi sertai PKR dalam masa terdekat
Tengku Zafrul akan membuat kenyataan berhubung khabar angin penyertaannya ke PKR dalam masa terdekat.
'Jangan ada sikap kawan makan kawan' - Puteri UMNO
Amal turut menyeru pemimpin masa kini mewarisi contoh terbaik kepada generasi baharu hari ini.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Institut Sukan Negara (ISN) akan memperkasa program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan tumpuan khusus kepada sukan berpotensi tinggi di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menggunakan peru
Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.
Turkiye tegaskan dukungan ke atas Syria pasca konflik
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan memberi jaminan bahawa Turkiye akan terus berdiri bersama rakyat Syria dalam proses pemulihan dan pembinaan semula negara itu.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Syria fokus pemulihan, tolak konflik baharu dengan Israel
Pemimpin de facto Syria, Ahmad al-Sharaa, pada Sabtu menyatakan bahawa Israel menggunakan alasan palsu untuk mengesahkan serangan terhadap Syria.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
Thailand bersiap sedia hadapi gelombang kedua hujan lebat, banjir di wilayah selatan
Antara wilayah yang dijangka terjejas termasuk Chumphon, Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Phatthalung, Songkhla, Ranong, Trang, Pattani, Yala, dan Narathiwat.
14 wilayah selatan Thailand ambil langkah waspada hadapi banjir 3-5 Disember
Antara wilayah terlibat adalah Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Songkhla, Pattani, Yala, Narathiwat, Phang Nga, Phuket, Krabi dan Satun.
Kerajaan Thailand gerakkan dana kecemasan bantu mangsa banjir di selatan
Jabatan Pencegahan dan Tebatan Bencana (DDPM) dikehendaki mengemukakan cadangan lanjut kepada Kabinet untuk menangani keperluan khusus di setiap kawasan yang terjejas
Tiga wilayah selatan Thailand dilanda banjir selepas hujan lebat 5 hari
Kawasan perdagangan utama di Pattani mengalami banjir teruk akibat limpahan Sungai Pattani, dengan paras air mencecah sehingga satu meter.
Rakyat Kelantan dinasihat jaga keselamatan di selatan Thailand - PDRM
Rakyat Kelantan dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati merancang perjalanan dan menjaga keselamatan ketika berkunjung ke selatan Thailand, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.
Lapan anggota renjer cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Semua anggota renjer yang cedera mendapatkan rawatan di Hospital Rangae dan Hospital Narathiwat.
Amaran cuaca buruk di wilayah utara dan selatan Thailand
Cuaca buruk itu disebabkan monsun barat daya yang kuat di Laut Andaman dan Teluk Thailand, ditambah dengan kesan limpahan daripada Taufan Yagi.
Cuti Hari Kebangsaan: 20,000 pelancong Malaysia ke wilayah selatan Thailand
Kebanyakan pelawat dari Malaysia menggunakan pintu masuk Bukit Kayu Hitam dan Pengkalan Hulu di Malaysia untuk menuju ke Sadao dan Betong di Thailand.
MAIWP ingatkan pasangan Malaysia sindiket dokumen nikah palsu di selatan Thailand
Majlis Agama Islam Wilayah Pattani (MAIWP) mengingatkan pasangan dari Malaysia yang mahu menikah di Selatan Thailand supaya berwaspada dengan sindiket yang menggunakan dokumen palsu pihak berkuasa.