Skip to main content

Dunia

Dua maut, enam cedera dalam insiden tembakan di festival tarian di Toronto

A police officer stands guard at the scene after a deadly shooting, at a salsa-themed street festival in Toronto, Ontario, Canada, July 11, 2026. Picture taken using a mobile phone. REUTERS/Cole Burston
Kejadian berlaku pada Sabtu di festival Salsa on St Clair yang berlangsung di bandar pelabuhan di tepi Tasik Ontario itu. - Gambar/ Reuters
Advertisement

NEW YORK: Dua orang maut dan enam cedera dalam satu insiden tembakan di sebuah festival salsa di bandar Toronto, Kanada, menurut polis pada Ahad.

Suspek masih bebas, kata pihak polis Toronto menerusi hantaran di platform X, seperti yang dilaporkan oleh agensi berita Jerman, dpa.

Kejadian berlaku sejurus selepas 8 malam (0000 GMT) pada Sabtu di festival Salsa on St Clair yang berlangsung di bandar pelabuhan di tepi Tasik Ontario itu.

Ketika kejadian, orang ramai sedang berseronok di jalanan dengan diiringi muzik Amerika Latin.

Menurut laman web penganjur, festival yang menampilkan muzik, barisan artis dan hidangan istimewa Amerika Latin itu berjaya menarik ratusan ribu pengunjung ke jalan-jalan di sekitar kawasan kejiranan Hillcrest Village pada setiap tahun

-- BERNAMA-dpa

 

Must Watch Video

Advertisement