Skip to main content

Malaysia

Jerebu: Malaysia tunggu maklum balas Indonesia berhubung bantuan - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid (foto) berkata Malaysia masih menunggu maklum balas Indonesia mengenai tawaran bantuan memadam kebakaran hutan dan tanah di Sumatera dan Kalimantan yang menyebabkan jerebu rentas sempadan. -Gambar fail
Ahmad Zahid (foto) berkata Malaysia masih menunggu maklum balas Indonesia mengenai tawaran bantuan memadam kebakaran hutan dan tanah di Sumatera dan Kalimantan yang menyebabkan jerebu rentas sempadan. -Gambar fail

Advertisement

Ringkasan AI

  • Malaysia masih menunggu maklum balas Indonesia mengenai tawaran bantuan memadam kebakaran hutan dan tanah di Sumatera dan Kalimantan yang menyebabkan jerebu rentas sempadan.
  • Malaysia menawarkan pesawat pemadam kebakaran, tiga helikopter serta 52 pegawai dan anggota untuk membantu operasi memadam kebakaran di Indonesia.
  • Pasukan SMART Malaysia turut dihantar ke Nepal bagi membantu mengesan 55 rakyat Malaysia yang masih belum dapat dihubungi susulan bencana di negara itu.

IPOH: Malaysia masih menunggu maklum balas Indonesia berhubung tawaran bantuan memadamkan kebakaran hutan dan tanah di Sumatera dan Kalimantan yang menyebabkan jerebu rentas sempadan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata ketika lawatan ke Jakarta bulan lepas, beliau telah bertemu dengan Presiden Indonesia Prabowo Subianto serta wakil Naib Presiden bagi membincangkan tawaran bantuan itu.

“NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara) dan Kementerian Luar juga telah menulis surat kepada rakan sejawat masing-masing, tetapi masih belum ada jawapan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 di Ipoh Convention Centre, di sini hari ini.

Terdahulu, dalam ucapannya, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata Malaysia menawarkan sebuah pesawat pemadam kebakaran, tiga helikopter serta 52 pegawai dan anggota untuk membantu operasi memadamkan kebakaran di Indonesia.

Sementara itu,  beliau berkata Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bukan sahaja membantu menangani bencana dalam negara, malah sentiasa bersedia memberikan bantuan kepada negara lain yang dilanda bencana.

Beliau berkata pasukan itu turut dihantar ke Nepal bagi membantu usaha mengesan 55 rakyat Malaysia yang masih belum dapat dihubungi susulan bencana di negara berkenaan, termasuk melalui penghantaran sampel asid deoksiribonukleik (DNA) untuk membantu proses pengecaman.

“Setakat ini, kita belum menemukan sebarang peninggalan untuk dibawa pulang ke Malaysia. Kita masih menunggu,” katanya.

Ahmad Zahid turut melahirkan rasa bangga dan tahniah kepada SMART atas pengiktirafan sebagai pasukan penyelamat kedua terbaik di Asia selepas Jepun.

Beliau berkata SMART juga berjaya mengekalkan klasifikasi antarabangsa Heavy Urban Search and Rescue (USAR) selepas menjalani penilaian selama 36 jam yang melibatkan 173 kriteria.

-- BERNAMA 

 

 

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah bantuan yang ditawarkan Malaysia kepada Indonesia untuk menangani kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan? 
    A: Malaysia menawarkan sebuah pesawat pemadam kebakaran, tiga helikopter serta 52 pegawai dan anggota untuk membantu operasi memadamkan kebakaran di Indonesia.
  • Q: Adakah Indonesia telah memberi maklum balas terhadap tawaran bantuan Malaysia? 
    A: Setakat ini, Malaysia masih menunggu maklum balas daripada Indonesia berhubung tawaran bantuan tersebut.
  • Q: Apakah peranan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dalam bencana di luar negara? 
    A: SMART sentiasa bersedia memberikan bantuan kepada negara lain yang dilanda bencana dan telah dihantar ke Nepal untuk membantu mengesan 55 rakyat Malaysia yang belum dapat dihubungi susulan bencana di negara berkenaan.
  • Q: Apakah pengiktirafan yang diterima oleh SMART di peringkat Asia? 
    A: SMART telah diiktiraf sebagai pasukan penyelamat kedua terbaik di Asia selepas Jepun.
  • Q: Bagaimana prestasi SMART dalam penilaian antarabangsa Heavy Urban Search and Rescue (USAR)? 
    A: SMART berjaya mengekalkan klasifikasi antarabangsa Heavy Urban Search and Rescue (USAR) selepas menjalani penilaian selama 36 jam yang melibatkan 173 kriteria.

Product Recommendation Section Title

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

Must Watch Video

Advertisement