Skip to main content

Dunia

Dua maut kapal kargo rempuh bot memancing di perairan tengah Jepun

Cargo ship
Foto dari helikopter Kyodo News menunjukkan bahagian sebuah bot sukan memancing selepas berlanggar dengan sebuah kapal kargo di perairan Wilayah Mie pada 20 Feb 2026. - Foto Kyodo/BERNAMA

TSU: Dua maut selepas sebuah kapal kargo merempuh sebuah bot sukan memancing di luar pesisir pantai Wilayah Mie di tengah Jepun pada Jumaat, lapor Kyodo News yang memetik pengawal pantai dan jabatan bomba tempatan.

Kedua-dua mangsa adalah antara 13 individu yang berada di dalam bot memancing berkenaan, yang terbelah dua dalam kemalangan itu.

Advertisement

Sepuluh yang lain dilaporkan mengalami kecederaan, manakala seorang individu yang sebelum ini hilang berjaya diselamatkan kemudiannya, menurut pihak berkuasa.

Kapten kapal kargo itu melaporkan pelanggaran itu kepada pengawal pantai pada kira-kira pukul 12.55 tengah hari.

Kapal kargo seberat 499 tan sepanjang 71 meter itu dipercayai merempuh bahagian kanan bot memancing yang lebih kecil.

Menurut penduduk tempatan yang memetik keterangan pengawal pantai dan penumpang, bot seberat 16 tan sepanjang 15 meter itu telah berlepas dari pelabuhan berhampiran di Toba, Mie sebelum tengah hari dan sedang berlabuh untuk aktiviti memancing semasa kemalangan berlaku.

Kapal kargo berkenaan dalam pelayaran ke sebuah pelabuhan di Wilayah Okayama, barat Jepun, dan kesemua enam anak kapal, termasuk seorang pelatih, dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan, menurut pengendali kapal itu.

"Mereka menggigil kesejukan dan cuba memanaskan diri dengan selimut serta alat pemanas tangan," kata seorang lelaki berusia 66 tahun selepas melihat mangsa yang berjaya diselamatkan.

-- BERNAMA-KYODO

Must Watch Video