NEW YORK: Sebuah motobot terbalik di perairan berhampiran Pulau Liberty di Pelabuhan New York pada Sabtu malam, menyebabkan dua orang maut, lapor Xinhua yang memetik media Amerika Syarikat (AS).
Seramai 14 orang berjaya dibawa keluar dari air. Seorang wanita berusia 27 tahun dan seorang bayi berusia lima bulan kemudian disahkan meninggal dunia di hospital.
Seramai 12 mangsa lain berada dalam keadaan stabil di beberapa hospital di kawasan berkenaan. Menurut Jabatan Polis New York pada Ahad, tiada bot lain dipercayai terlibat dalam insiden itu.
Polis masih menyiasat kejadian berkenaan dan tiada tangkapan dibuat setakat ini.
-- BERNAMA-XINHUA