ANKARA: Jasad dua daripada enam pekerja pembinaan yang hilang daripada jambatan yang runtuh di Baltimore, Amerika Syarikat ditemukan, kata pihak berkuasa pada Rabu.
Polis Negeri Maryland Supt Roland Butler Jr berkata penyelam menemukan kedua-dua mayat terperangkap di dalam trak pikap berwarna merah kira-kira 10 pagi pada kedalaman 7.62 meter sekitar kawasan tengah jambatan itu, lapor Agensi Anadolu.
Mangsa yang ditemukan dikenali sebagai Alejandro Hernandez Fuentes, 35, dari Baltimore dan Dorlian Ronial Castillo Cabrera, 26, dari Dundalk, Maryland.
Pada Rabu, pihak berkuasa menyambung semula pencarian enam pekerja pembinaan yang dipercayai telah meninggal dunia selepas sebuah kapal kontena melanggar Jambatan Francis Scott Key, menyebabkan ia runtuh pada Selasa.
Walaupun empat masih lagi hilang, Butler berkata operasi sekarang beralih daripada menyelamat kepada membawa keluar mayat.
Pekerja berkenaan sedang berehat dan duduk di dalam trak mereka semasa kejadian, katanya.
Penyelam tidak lagi boleh bergerak atau melakukan operasi dengan selamat kerana terdapat reruntuhan konkrit dan puing.
"Kami percaya kenderaan itu telah bercantum dengan struktur dan konkrit yang kami lihat terjatuh dalam tragedi itu," katanya.
Klip video mengenai jambatan runtuh itu di media sosial menunjukkan kapal berkenaan kehilangan kuasa sekurang-kurangnya dua kali dan mengeluarkan asap hitam tebal. Kapal itu kemudian melanggar satu daripada tiang jambatan itu mengakibatkan jambatan itu runtuh beberapa saat selepas itu.
Pihak berkuasa berkata kapal itu sempat membuat panggilan kecemasan, memberi kesempatan kepada penguat kuasa undang-undang untuk menghentikan lalu lintas di atas jambatan itu dan dapat menyelamatkan nyawa mereka yang mungkin menyeberangi jambatan itu jika tidak dihalang.
Jambatan Key merupakan satu daripada tiga laluan utama digunakan untuk ke Pelabuhan Baltimore dengan kira-kira 35,000 orang menggunakannya setiap hari.
Kesemua laluan kapal komersial dihentikan bagi memberi laluan untuk operasi mencari diteruskan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 28 2024
Walaupun empat masih lagi hilang, Butler berkata operasi sekarang beralih daripada menyelamat kepada membawa keluar mayat. - Gambar fail/Reuters
Piala Belia: FAM pandang serius insiden gaduh aksi Melaka, Sri Pahang
FAM sudah terima laporan lengkap kejadian yang disifatkan sebagai tidak beradab itu dan akan menentukan bentuk hukuman sewajarnya.
Kadar SSL daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kadar tahap sara diri (SSL) daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus. #AWANInews
30 hari bicara kes pegawai kanan polis bunuh pelajar
Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet, menetapkan tarikh perbicaraan itu bermula 4 November 2024 hingga 17 Januari 2025.
[KOLUMNIS] Apakah Kedah negeri berdaulat?
Pada kurun ke-18, Kedah memiliki kedaulatan ke atas wilayah yang dikuasainya dan penduduk Kedah sendiri mengakui Sultan sebagai pemerintah.
Pecut kereta, polis pengiring KM Melaka selamat daripada dihempap pokok
Kenderaan yang dipandu Koperal Mohd Hafifi Kadrai bersama rakan setugasnya, Koperal Wira Putra Johari berada di depan tiga kenderaan rombongan termasuk yang dinaiki Ab. Rauf.
Daiyan Trisha tunjuk bukti beri sumbangan tabung Palestin cecah RM100,000
Daiyan Trisha minta maaf andai caranya membuktikan sokongan terhadap Palestin tidak tepat.
Gerakan protes pelajar terbesar abad ke-21
Dari AS hingga ke benua lain, matlamat utama demonstrasi itu adalah serupa sebagai tanda solidariti dengan Palestin.
Rakan penghantaran bagasi yang dipercayai jemaah
Sejak tahun 1998, Pos Laju telah dilantik oleh Lembaga Tabung Haji sebagai penyedia perkhidmatan pengurusan barangan peribadi jemaah Haji, untuk memastikan penghantaran yang lancar dan selamat bagi barang-barang berharga ke Malaysia dan negara-negara ASEAN terpilih.
"Keadaan Faisal Halim bertambah baik, tunggu sidang media tengah hari ini" - Shahril
Timbalan Presiden FAS memaklumkan akan berkongsi perkembangan lanjut berkenaan keadaan Faisal tengah hari ini.
Malaysia negara pertama lengkapkan kontrak dalam E-Haj
Malaysia juga berjaya menjadi negara pertama menerima kelulusan visa haji untuk tahun ini.
Dua mayat ditemukan selepas jambatan di Baltimore runtuh
Jasad dua daripada enam pekerja pembinaan yang hilang daripada jambatan yang runtuh di Baltimore, Amerika Syarikat ditemukan, kata pihak berkuasa pada Rabu.
Laluan maritim Laut Utara: Pengganti Selat Melaka?
Keadaan fizikal perairannya yang padat dengan lapisan ais ditambah pula dengan musimnya yang sejuk melampau telah meletakkannya dalam kategori jalur laut yang berbahaya.
Kapal dagang bersauh tanpa kebenaran di selatan Tanjung Penyusop, undang bahaya
MT VIET TIN 01 berdaftar di Vietnam dikesan berlabuh tanpa kebenaran di kedudukan lebih kurang 4.6 batu nautika selatan Tanjung Penyusop.
Jambatan angkat dibuka untuk laluan kapal sebulan lagi
Pihak yang mengurus pentadbiran dan penyelenggaraan jambatan tersebut berkata, waktu yang sesuai untuk bahagian tengah jambatan tersebut dibuka sedang dibincangkan bersama Jabatan Laut Malaysia.