DUNIA
Dua parti ultra-ortodoks tinggalkan kerajaan, Netanyahu hilang majoriti parlimen

Netanyahu duduk di dalam Knesset, parlimen Israel, bersebelahan dengan Menteri Pertahanan Israel Katz dan Menteri Keselamatan Negara Itamar Ben-Gvir. - Foto REUTERS
JERUSALEM: Dua parti ultra-Ortodoks utama Israel, Shas dan United Torah Judaism (UTJ), mengumumkan penarikan diri daripada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, sekali gus menggugat kestabilan politik negara itu.
Ringkasan AI
- Parti Shas dan United Torah Judaism menarik diri daripada kerajaan Netanyahu kerana isu pengecualian tentera untuk pelajar agama Yahudi, mengurangkan sokongan parlimen kepada 50 kerusi.
- Penarikan diri berlaku di tengah konflik panjang dengan Hamas serta tekanan susulan keputusan Mahkamah Agung Israel yang menolak pengecualian tentera.
- Netanyahu kini memimpin kerajaan minoriti dan berpeluang merundingkan semula sokongan sebelum parlimen mula cuti tiga bulan, dalam usaha mengekalkan kestabilan politik.
Walaupun kedua-dua parti menyatakan tidak berniat untuk menjatuhkan kerajaan secara langsung, penarikan diri mereka menjadikan Netanyahu kini memimpin kerajaan minoriti. Namun, dengan parlimen dijadualkan bercuti selama tiga bulan bermula 27 Julai, beliau mempunyai ruang masa untuk merundingkan semula sokongan politik.
Isu pengecualian wajib tentera bagi pelajar seminari agama telah lama menjadi tuntutan utama parti-parti ultra-Ortodoks. Namun, keputusan Mahkamah Agung Israel baru-baru ini yang mengarahkan pelaksanaan wajib tentera kepada golongan tersebut telah meningkatkan tekanan terhadap kerajaan.
Krisis ini dijangka memberi kesan besar terhadap hala tuju politik Israel, terutama dalam usaha Netanyahu mengekalkan kestabilan pentadbiran di tengah-tengah konflik dan tekanan dalaman

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami