DUA pelajar maut manakala seorang guru cedera parah susulan kejadian tembakan di sebuah sekolah di Iowa, Amerika Syarikat (AS) pada Isnin.

Menurut jurucakap polis Des Moines, Sarjan Paul Parizek, kejadian berlaku di Sekolah Des Moines kira-kira jam 1 petang waktu tempatan.

Polis berjaya mengesan suspek yang cuba melarikan diri menggunakan sebuah kereta dan mengesahkan tiga individu telah ditahan.

Kejadian berlaku ketika sekolah berkenaan mengadakan program 'Starts Right Here' yang bertujuan untuk membantu pelajar berisiko terlibat dalam jenayah.

Program berkenaan diasaskan Will Holmes, sorang penyanyi rap yang dikenali sebagai Will Keeps.

Motif kejadian masih dalam siasatan.