awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pemimpin terlibat kes serangan stesen televisyen ditangkap di Sepanyol

Astro Awani
Astro Awani
24/10/2024
02:00 MYT
Dua pemimpin terlibat kes serangan stesen televisyen ditangkap di Sepanyol
Dua pemimpin itu juga dituduh membunuh seorang pendakwa Ecuador yang sedang menyiasat jenayah mereka. - Foto REUTERS
CATALONIA: Pihak berkuasa Ecuador mengumumkan dua pemimpin terlibat jenayah yang didakwa terlibat dalam serangan ke atas stesen TV awal tahun ini telah ditangkap dalam satu operasi di Sepanyol.
Timbalan Komander Polis Ecuador, Jeneral Fausto Buenano memaklumkan dua pemimpin itu ditangkap dan didapati bersembunyi dengan menggunakan dokumen palsu.
"Intervensi dilakukan oleh UNIT Kebangsaan Anti-Penculikan, UNASE bersama dengan perkhidmatan maklumat dari Pengawal Awam Sepanyol.
"Ini membolehkan penangkapan William Jofre AB, yang juga dikenali sebagai ‘Komander Willy’, dan abangnya Alex Ivan A B, dikenali sebagai ‘Ronco’, ketua organisasi pengganas jenayah ‘Los Tiguerones’. Kedua-duanya sedang bersembunyi dengan menggunakan dokumen palsu," katanya.
Dalam pada itu, pihak berkuasa Ecuador tidak mendedahkan nama keluarga ketika menamakan suspek dalam kes jenayah aktif, tetapi media tempatan mengenal pasti mereka sebagai William dan Alex Alcivar.
Mengulas lanjut, Polis memberitahu kedua-dua lelaki itu dituduh meletakkan bom kereta, mengubah pembunuh, pemerasan dan terlibat dalam serangan terkenal secara langsung ke atas studio TV TC di Guayaquil, bandar terbesar di Ecuador, pada Januari tahun ini.
Tambah pihak berkuasa, dua pemimpin itu juga dituduh membunuh seorang pendakwa Ecuador yang sedang menyiasat jenayah mereka.
Sementara itu, pengawal awam Sepanyol memberitahu tangkapan dibuat di Segur de Calafell, sebuah bandar kecil di Catalonia kira-kira 60 km (37 batu) barat Barcelona.
Topic Berkaitan
#pengganas
#sepanyol
#Pihak berkuasa Ecuador
#Jeneral Fausto Buenano
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan