Dua rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang di sebuah kawasan perkelahan air terjun Cunca Wulang, daerah Mibeliling di wilayah Flores ditemukan dan disahkan mati lemas.
Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim ketika dihubungi Bernama berkata, mayat Mohamad Azfar Tahir, 23, dari Kuala Lumpur dan Mohammad Ezzaq Azumi, 23, berasal dari Kelantan masing-masing ditemukan di dalam kolam air terjun itu pada pukul 11 pagi dan 1 petang tadi.
Mayat seorang lagi warga Flores yang dipercayai pemandu pelancong mereka, Wenseslaus Hendro Akung, 39, ditemukan di tempat yang sama pada pukul 3 petang, katanya.
Zahrain berkata, kesemua mayat telah dibawa ke hospital berdekatan dan pihak kedutaan sedang menguruskan untuk membawa pulang jenazah kedua-dua rakyat Malaysia itu ke Kuala Lumpur pada hari ini.
Mohamad Azfar dan Mohammad Ezzaq bersama seorang dua lagi rakan mereka Mohamad Qayyum Pirdous, 23, dari Perak dan Mohamad Imran Helmy Had, 23, dari Kuala Lumpur tiba di Flores, Indonesia semalam untuk bercuti.
Mohamad Qayyum dan Mohamad Imran terselamat dan tidak terjun ke dalam kolam itu setelah melihat dua rakannya bersama pemandu pelancong mereka terus hilang sebaik berbuat demikian.
Mohamad Azfar dikatakan terus terjun ke dalam kolam air terjun itu sebaik sampai tetapi setelah tidak timbul, Wenseslaus kemudiannya terjun untuk mencari.
Bagaimanapun, Wenseslaus juga didapati terkapai-kapai dan menyebabkan Mohammad Ezzaq turut terjun untuk membantu tetapi akhirnya ketiga-tiga mereka hilang.
Melihat kejadian itu, Mohamad Qayyum terus mendapatkan bantuan dan menghubungi polis dan kerja-kerja mencari dan menyelamat bermula pukul 3 petang semalam tetapi terpaksa dihentikan pada pukul 5 petang setelah cuaca gelap.
Operasi mencari dan menyelamat disambung semula pukul 6 pagi tadi dan kesemua mayat ditemukan di dasar kolam tempat kejadian itu.
Bernama
Sun Apr 17 2016
Lokasi kejadian yang dipercayai telah meragut nyawa dua rakyat Malaysia. - Gambar fail
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Lemas di air terjun Cunca Wulang: Jenazah Ezzaq Azraf, Azfar selamat dikebumikan
Jenazah rakyat Malaysia yang meninggal dunia akibat lemas di Air Terjun Cunca Wulang, Wilayah Flores, Nusa Tenggara Timur, Indonesia, selamat dikebumikan.