Skip to main content

Teknologi

Anthropic raih nilai pasaran AS$1.27 trilion selepas debut kukuh di Nasdaq

Penilaian itu meletakkan Anthropic dalam kalangan syarikat paling bernilai di dunia, mengatasi beberapa gergasi korporat antarabangsa. -Gambar fail/Reuters
Penilaian itu meletakkan Anthropic dalam kalangan syarikat paling bernilai di dunia, mengatasi beberapa gergasi korporat antarabangsa. -Gambar fail/Reuters

Ringkasan AI

  • Anthropic mencatat nilai pasaran sekitar AS$1.27 trilion selepas menamatkan hari pertama dagangan di bursa Nasdaq, Amerika Syarikat.
  • Saham syarikat ditutup pada AS$97.17 sesaham, meningkat 17.1 peratus berbanding harga IPO, dengan nilai dicairkan sepenuhnya sekitar AS$1.76 trilion.
  • Anthropic menjadi syarikat AI sempadan pertama disenaraikan secara awam, mengumpul dana IPO rekod dunia sebanyak AS$81.3 bilion.
Advertisement

NEW YORK: Syarikat kecerdasan buatan (AI), Anthropic, kini mencatat nilai pasaran sekitar AS$1.27 trilion (kira-kira RM5.38 trilion) selepas menamatkan hari pertama dagangan rasminya di bursa Nasdaq, Amerika Syarikat.

Pada penutup dagangan Khamis waktu tempatan (awal pagi Jumaat waktu Malaysia), saham syarikat yang didagangkan di bawah simbol ANT itu ditutup pada AS$97.17 sesaham, meningkat 17.1 peratus berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak AS$83 sesaham, sekali gus memberikan nilai dicairkan sepenuhnya sekitar AS$1.76 trilion (kira-kira RM7.46 trilion).

Penilaian itu meletakkan Anthropic dalam kalangan syarikat paling bernilai di dunia, mengatasi beberapa gergasi korporat antarabangsa.

Advertisement

Sebagai perbandingan berdasarkan nilai pasaran asas, Meta bernilai sekitar AS$1.5 trilion manakala Tesla sekitar AS$1.48 trilion.

Ditubuhkan pada 2021 sebagai perbadanan manfaat awam, Anthropic sebelum ini menekankan pembangunan model AI yang memfokuskan aspek keselamatan serta pengurusan risiko.

Advertisement

Perkhidmatan utamanya, Claude, digunakan secara meluas oleh perusahaan dan pengguna individu, bukan sahaja dalam bidang pengaturcaraan malah untuk aliran kerja penyuntingan kandungan, analisis data serta pelbagai tugasan kompleks lain.

Penyenaraian bersejarah yang berjaya mengumpul dana IPO rekod dunia sebanyak AS$81.3 bilion (kira-kira RM344 bilion) sekali gus menjadikan Anthropic syarikat AI sempadan pertama yang disenaraikan secara awam, mendahului pesaing utamanya, OpenAI.

Susulan perkembangan itu, tumpuan pelabur Wall Street kini beralih kepada laporan pendapatan suku tahunan pertama Anthropic sebagai syarikat tersenarai awam yang dijangka diumumkan dalam tempoh tiga hingga empat bulan akan datang.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Berapakah nilai pasaran semasa Anthropic selepas penyenaraian di Nasdaq? 
    A: Nilai pasaran semasa Anthropic adalah sekitar AS$1.27 trilion (kira-kira RM5.38 trilion) selepas hari pertama dagangan di Nasdaq.
  • Q: Berapakah harga penutup saham Anthropic pada hari pertama dagangan dan peratus kenaikan berbanding harga IPO? 
    A: Saham Anthropic ditutup pada AS$97.17 sesaham, meningkat 17.1 peratus berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak AS$83 sesaham.
  • Q: Apakah perkhidmatan utama yang ditawarkan oleh Anthropic? 
    A: Perkhidmatan utama Anthropic ialah Claude, yang digunakan secara meluas oleh perusahaan dan pengguna individu untuk pengaturcaraan, penyuntingan kandungan, analisis data dan tugasan kompleks lain.
  • Q: Berapakah jumlah dana yang berjaya dikumpul melalui IPO Anthropic? 
    A: Anthropic berjaya mengumpul dana IPO rekod dunia sebanyak AS$81.3 bilion (kira-kira RM344 bilion).
  • Q: Apakah tumpuan pelabur selepas penyenaraian Anthropic di pasaran saham? 
    A: Tumpuan pelabur kini beralih kepada laporan pendapatan suku tahunan pertama Anthropic sebagai syarikat tersenarai awam yang dijangka diumumkan dalam tempoh tiga hingga empat bulan akan datang.

Must Watch Video

Advertisement