awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua rakyat Singapura dibebaskan daripada tahanan ISA

Bernama
Bernama
10/05/2022
14:10 MYT
Dua rakyat Singapura dibebaskan daripada tahanan ISA
Dua rakyat Singapura yang terlibat dengan aktiviti radikal dibebaskan daripada tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), masing-masing pada Januari dan Februari 2022. - Gambar hiasan
SINGAPURA: Dua rakyat Singapura yang terlibat dengan aktiviti radikal dibebaskan daripada tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), masing-masing pada Januari dan Februari 2022.
Hazim Syahmi Mahfoot, 31, dan Ruqayyah Ramli, 35, isteri kepada rakyat Malaysia, Mohd Firdaus Kamal Intdzam yang telah dihantar pulang pada Ogos 2020 selepas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri selesai menjalankan siasatan.
Menurut Kementerian Dalam Negeri (MHA), Ruqayyah ditahan di bawah ISA pada April 2021, dipengaruhi oleh suaminya Mohd Firdaus untuk terlibat dalam aktiviti radikal dan menyokong hasratnya ke Syria untuk menyertai ISIS.
Selepas dihantar pulang pada 15 April 2021, Mahkamah Tinggi Malaysia menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun kepada Mohd Firdaus kerana memiliki bahan propaganda berkaitan keganasan.
MHA menyatakan Ruqayyah pada awalnya menerima Arahan Sekatan (RO) pada Ogos 2020, sebelum ditahan pada April 2021 selepas didapati semakin radikal.
"Dia dibebaskan di bawah Arahan Penggantungan (SD) pada Februari 2022," menurut laman sesawang MHA hari ini.
Sementara itu, Hazim Syahmi ditahan di bawah ISA pada Januari 2019 dan dibebaskan dengan SD pada Januari 2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rakyat singapura
#dibebaskan
#Akta Keselamatan Dalam Negeri
#ISA
#Hazim Syahmi Mahfoot
#Ruqayyah Ramli
#Syria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan