awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua syarikat penerbangan tambang murah India batal 65 penerbangan

Bernama
Bernama
13/03/2018
14:02 MYT
Dua syarikat penerbangan tambang murah India batal 65 penerbangan
IndiGo membatalkan beberapa penerbangan tertentu berikutan arahan lanjut pendaratan pesawat yang dikeluarkan Direktorat Jeneral Penerbangan Awam atas alasan keselamatan. REUTERS / Fail
Dua syarikat penerbangan tambang murah swasta India, IndiGo dan GoAir, telah membatalkan sejumlah 65 penerbangan domestik pada Selasa selepas pengawal atur penerbangan awam negara itu telah mengarahkan agar 11 pesawat jenis A320 Neo didaratkan berikutan "kerosakan pada bahagian enjin."
IndiGo membatalkan 47 penerbangan manakala GoAir membatalkan 18 penerbangan, lapor agensi berita China Xinhua.
"IndiGo membatalkan beberapa penerbangan tertentu berikutan arahan lanjut pendaratan pesawat kami yang dikeluarkan oleh DGCA (Direktorat Jeneral Penerbangan Awam) atas alasan keselamatan.
"Kami secara proaktif sedang menyusun semula semua penumpang yang terjejas untuk menaiki penerbangan lain. Mereka telah diberi pilihan sama ada memilih penerbangan lain tanpa kos tambahan atau membatalkan tempahan mereka, dan mendapatkan semula bayaran balik sepenuhnya tanpa dikenakan caj pembatalan," menurut syarikat itu dalam satu kenyataan.
Daripada 11 pesawat yang didaratkan itu, lapan adalah milik IndiGo manakala bakinya dimiliki GoAir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#enjin
#goair
#India
#Indigo
#kerosakan
#penerbangan
#pesawat
#tambang murah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan