awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua syarikat penerbangan Thailand paling tepati masa

Faida Rahim
Faida Rahim
13/11/2022
04:30 MYT
Dua syarikat penerbangan Thailand paling tepati masa
Bangkok Airways muncul syarikat penerbangan ketiga paling menepati masa di dunia, manakala syarikat Thai AirAsia tersenarai di tempat kelapan. - Foto Facebook/Bangkok Airways
BANGKOK: Dua syarikat penerbangan Thailand dinobatkan antara yang paling ‘menepati masa’ di dunia pada September lalu.
Memetik laporan Thaiger, dua syarikat penerbangan Thailand berada dalam senarai 10 Syarikat Penerbangan Paling Menepati Masa berdasarkan data sebenar daripada pangkalan data penerbangan Official Airline Guide (OAG).
OAG yang berpangkalan di Britain menyediakan data penerbangan paling tepat dan penuh dengan maklumat.
Penerbangan yang berlepas dalam lingkungan 15 minit dari masa yang dijadualkan dianggap menepati masa.
Penerbangan sebaliknya berlepas 15 minit atau lewat daripada waktu yang ditetapkan.
Bangkok Airways muncul syarikat penerbangan ketiga paling menepati masa di dunia, manakala syarikat Thai AirAsia tersenarai di tempat kelapan.
Syarikat penerbangan rantau Asia Pasifik mendominasi senarai itu apabila menduduki enam daripada 10 tempat teratas.
Data itu mewakili sekurang-kurangnya 80 peratus daripada semua penerbangan berjadual yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan di serata dunia.
Kedudukan 10 teratas senarai berkenaan adalah Eurowings (Jerman), Garuda Indonesia (Indonesia), Bangkok Airways (Thailand), Fuji Dream Airlines (Japan), Safair (Afrika Selatan), Jeju Airlines (Korea Selatan), Oman Air (Oman), Thai AirAsia (Thailand), Uni Airways (Taiwan) dan South African Airways (Afrika Selatan).
Topic Berkaitan
#Bangkok
#Thailand
#tepati masa
#Air Asia Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan