awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Musk ikrar bina bandar di bulan, Marikh
Cadangan penyediaan perkhidmatan transit aliran automatik di Putrajaya tidak diteruskan
Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah ceroboh tanah persendirian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dubai lancar teksi udara menjelang 2026

Bernama
Bernama
18/09/2024
10:25 MYT
Dubai lancar teksi udara menjelang 2026
Sepertimana yang pernah dilakukan di Arab Saudi, teksi udara di Dubai adalah sebahagian daripada strategi bandar raya itu untuk meningkatkan mobiliti bandar dan mengurangkan kesesakan lalu lintas. - Gambar fail
DUBAI: Dubai dijangka memperkenalkan perkhidmatan 'teksi udara' menjelang suku pertama 2026, menurut pengarah teknologi pengangkutan di Dubai Roads and Transport Authority (RTA), Khaled Al Awadhi.
Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada strategi bandar raya berkenaan untuk meningkatkan mobiliti bandar dan mengurangkan kesesakan lalu lintas, lapor Sputnik.
"Kami merancang untuk melancarkan perkhidmatan teksi udara menjelang suku pertama 2026.
"Buat masa ini, kami sedang dalam proses menguji dan mendapatkan pensijilan kenderaan dengan rakan kongsi kami Joby Aviation, sebuah syarikat dari Amerika Syarikat.
"Selain itu, kami juga sedang memasuki fasa reka bentuk untuk stesen lapangan terbang menegak atau 'vertiport' dengan kerjasama Skyports, sebuah syarikat dari United Kingdom," kata Al Awadhi.
Beliau menambah bahawa Dubai merancang untuk membina empat vertiport untuk teksi udara, dengan dua daripadanya dijangka dibuka pada awal 2026.
Selain infrastruktur, sistem pemantauan dan keselamatan untuk teksi udara juga akan diwujudkan.
"Kami bekerjasama dengan rakan kongsi kami untuk memastikan perkhidmatan ini dapat diakses dengan mudah.
"Kami percaya ia akan jauh lebih murah daripada menggunakan helikopter biasa," kata Al Awadhi, sambil menambah bahawa kos perkhidmatan ini dijangka lebih murah atau hampir sama dengan kos menyewa limusin.
Selain itu, Dubai merancang untuk menjadikan perkhidmatan limusin mesra alam sepenuhnya menjelang 2026 melalui penggunaan enjin hibrid dan elektrik.
Menjelang 2035, semua teksi di Dubai dijangka menggunakan tenaga elektrik dan menjelang 2050, keseluruhan perkhidmatan bas hanya terdiri daripada bas elektrik sahaja, kata Al Awadhi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Teksi udara
#Dubai
#kesesakan lalu lintas
#pengangkutan awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan