awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Duta Perancis di Niger 'dijadikan tebusan', kata Presiden Macron

Bernama
Bernama
16/09/2023
02:30 MYT
Duta Perancis di Niger 'dijadikan tebusan', kata Presiden Macron
Emmanuel Macron, Presiden Perancis. - Gambar fail AP
ATHENS: Di bawah pentadbiran ketenteraan baharu Niger, duta Perancis telah "dijadikan tebusan," kata Presiden Emmanuel Macron.
"Di Niger, semasa saya bercakap dengan anda, kami mempunyai seorang duta dan anggota diplomatik yang benar-benar dijadikan tebusan di Kedutaan Perancis," kata Emmanuel Macron semasa lawatan ke bandar barat laut Semur-en-Auxois, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik penyiar BFMTV.
Memandangkan pemimpin Niger tidak membenarkan bekalan segar masuk ke perkarangan kedutaan, duta itu terpaksa makan hanya catuan tentera, tambahnya.
Niger terjerumus ke dalam kekacauan pada 26 Julai, apabila Jeneral Abdourahamane Tchiani, bekas komander pengawal presiden, mengetuai campur tangan tentera yang menggulingkan Presiden Mohamed Bazoum.
Pada penghujung Ogos, pentadbiran tentera Niger mengarahkan Duta Sylvain Itte diusir tetapi Paris menolak.
Pentadbiran tentera juga mengambil alih kuasa di Burkina Faso pada 2022 dan di Mali pada 2020.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Emmanuel Macron
#Niger
#tebusan
#duta Perancis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan