Individu kontroversi Edward Snowden mendaftar satu akaun Twitter pada 30 September lalu.

Akaun tersebut dengan nama @Snowden memperoleh lebih 1 juta pengikut dalam tempoh sehari.

Snowden merupakan individu kontroversi yang menjadi buruan polis ekoran pembocoran maklumat rahsia kerajaan Amerika Syarikat.

Tweet pertama Snowden secara sinis bertanya "Can you hear me now?" memperolehi lebih 100,000 retweet.


Paling menarik apabila beliau hanya mengikuti satu akaun sahaja, iaitu akaun Agensi Keselamatan Nasional (National Security Agency).

Akaun tersebut turut mendapat tanda pengesahan daripada Twitter.

Penyertaannya ke Twitter mendapat perhatian masyarakat di seluruh dunia. Imej GIF yang dibuat oleh Twitter memberikan gambaran yang sebenar.


Dia diberhentikan kerja atas alasan menyalahi kod etika syarikat dan mungkin didakwa kerajaan Amerika Syarikat atas tuduhan jenayah.

Akhbar tempatan melaporkan Snowden mendakwa mempunyai maklumat terkini berhubung aktiviti pengintipan Amerika Syarikat, termasuk kegiatan menggodam syarikat telefon bimbit dan mensasarkan sebuah universiti.