JAKARTA: Ekonomi negara-negara anggota ASEAN diunjur mencatat pertumbuhan 4.9 peratus tahun ini dan seterusnya 5.2 peratus pada 2023 dalam persekitaran pemberian vaksin COVID-19 yang tinggi namun kekal mencabar, kata satu laporan.
Keberkesanan program vaksinasi tersebut telah membolehkan pembukaan semula negara-negara anggota kesatuan terbabit, sekali gus mempercepat aktiviti ekonomi dan menyokong pemulihan pasaran pekerjaan.
Menurut laporan Direktorat Pemantauan Integrasi ASEAN bagi Sekretariat ASEAN yang dikeluarkan baru-baru ini, kadar vaksinasi penuh mencecah 65.9 peratus daripada jumlah penduduk manakala 25.2 peratus telah mendapat suntikan penggalak masing-masing sehingga Mei 2022.
Laporan Taklimat Integrasi Ekonomi ASEAN (AEIB) bagi edisi ke-11 itu menyatakan, negara-negara terbabit dijangka dibuka sepenuhnya menjelang separuh kedua tahun ini.
Selain itu, laporan tersebut turut mengetengahkan bahawa sentimen optimis kekal ketara setakat tahun ini dengan indeks pembuatan terus mencatat momentum baik biarpun terdapat risiko varian COVID-19 dan lonjakan harga komoditi dalam separuh pertama tahun ini.
Ekonomi rantau tersebut tumbuh sebanyak 3.0 peratus pada tahun lepas daripada penguncupan sebanyak 3.2 peratus pada 2020, didorong oleh penggunaan dan perdagangan yang memberangsangkan.
Kadar pengangguran yang melonjak ketika pandemik sebaliknya berkurangan pada 2021 manakala perdagangan berkembang sebanyak 25.1 peratus kepada US$3.34 trilion dalam 2021 (US$1=RM4.40) yang melepasi paras dicatatkan pada tempoh pra-pandemik.
Pelaburan pula merekodkan pertumbuhan sebanyak 42.3 peratus kepada US$174.1 bilion pada 2021, terutamanya dalam pembuatan, perkhidmatan kewangan dan insurans, maklumat serta komunikasi.
Bagaimanapun, konflik di Eropah Timur telah menjejaskan pemulihan ekonomi global dan rantau ini apabila gangguan dalam rantaian nilai global menyebabkan ketidaktentuan harga, terutama bagi tenaga serta komoditi makanan.
Malah, laporan itu menyifatkan tekanan inflasi yang ketara boleh menjejaskan kemampuan pembelian pengguna serta pengeluaran perindustian.
Keadaan ini turut memburukkan lagi risiko akibat dasar normalisasi ekonomi-ekonomi utama yang secara beransur-ansur keluar daripada dasar bersifat akomodatif ketika pandemik tersebut.
Laporan itu turut menegaskan bahawa dasar kadar faedah lebih ketat di negara-negara besar, terutama Amerika Syarikat (AS), boleh mencetuskan aliran keluar dana dalam negara-negara sedang pesat membangun serta menjejaskkan lagi ketidaktentuan luaran.
Ini terbukti apabila sebahagian besar negara anggota menyaksikan kadar pertukaran asing menyusut berbanding dolar AS, terutama selepas pihak Rizab Persekutuan AS mengambil pendirian meningkatkan kadar faedah sejak Mac 2022.
Menurut laporan itu, ketika sebahagian besar keadaan ekonomi dan kewangan kekal terurus bagi separuh pertama 2022, beberapa anggota sebaliknya bertindak mengetatkan lagi dasar sedia ada.
Sehubungan itu, ia mengingatkan agar bank-bank pusat sentiasa peka dan bekerjasama untuk meningkatkan ketahanan terhadap kejutan di masa depan, termasuk ketidakpastian kewangan dari dalam serta luar rantau ini.
Pada tahap awal pandemik, ASEAN telah menekankan komitmen untuk saling bekerjasama bagi mengatasi krisis selain memperhebatkan usaha bagi aspek kemampanan dan pendigitalan.
Selain itu, peralihan ke arah ekonomi kitaran, pendirian mengenai karbon dan ekonomi digital dijangka akan terus memacu pembangunan rantau itu dalam tahun-tahun akan datang, kata laporan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 04 2022
Keberkesanan program vaksinasi telah membolehkan pembukaan semula negara ASEAN, sekali gus mempercepat aktiviti ekonomi dan menyokong pemulihan pasaran pekerjaan. - Gambar/ asean.org
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Ekonomi ASEAN diunjur tumbuh 4.9 peratus tahun ini
Keberkesanan program vaksinasi membolehkan pembukaan semula negara-negara anggota kesatuan terbabit, sekali gus mempercepat aktiviti ekonomi dan menyokong pemulihan pasaran pekerjaan.
#ASEAN52: Apa jadi projek kereta ASEAN?
Kelompok negara ASEAN perlu inovatif selain menggalakkan perdagangan intra-ASEAN yang akan mengukuhkan ekonomi tatkala berdepan krisis global seperti perang dagang AS-China.