awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lawatan rasmi dua hari Modi ke Malaysia bermula Sabtu ini
Genggam PhD dari tirai besi: Malik bangkit tebus maruah diri
Sebanyak 618 kemudahan kesihatan berisiko ditutup di Somalia - WHO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Eksekutif kanan Twitter letak jawatan

Sinar Harian
Sinar Harian
11/11/2022
04:40 MYT
Eksekutif kanan Twitter letak jawatan
Beberapa eksekutif kanan Twitter bertindak meletak jawatan selepas rangkaian media sosial itu dibeli oleh Elon Musk. - Foto REUTERS
SAN FRANCISCO: Pemilikan bilionair paling kaya di dunia, Elon Musk terhadap Twitter semakin menjadi huru-hara pada Khamis apabila beberapa eksekutif keselamatan utama bertindak meletak jawatan daripada platform perkhidmatan rangkaian sosial itu.
Tindakan itu berlaku sehari selepas pelancaran ciri baharu yang kecoh diperkenalkan oleh Musk.
Musk juga ialah pemilik bersama kenderaan elektrik Tesla dan membeli Twitter pada harga AS$44 bilion (RM204.49 bilion) baru-baru ini.
Musk pada Khamis memberi amaran kepada para pekerja bahawa laman web itu berisiko bankrap jika keadaan kewangan perkhidmatan sosial tersebut tidak dapat dipulihkan.
"Saya telah membuat keputusan sukar untuk meninggalkan Twitter," ciap Ketua Pegawai Keselamatan, Lea Kissner yang dilaporkan berundur itu seperti dilaporkan AFP.
Media Amerika Syarikat (AS) turut melaporkan bahawa Yoel Roth iaitu Ketua Amanah dan Keselamatan Twitter juga meletak jawatan hanya sehari selepas bertegas mempertahankan dasar penyederhanaan kandungan Musk kepada pengiklan.
BACA: Tidak suka cara Elon Musk, ini barisan selebriti ucapkan 'bye' buat Twitter
BACA: Pemberhentian kerja di Twitter bermula Jumaat
Turut keluar dari syarikat perkhidmatan sosial itu ialah Robin Wheeler yang memegang peranan penting bagi menghubungkan Twitter dengan pengiklan dan dianggap sebagai sekutu Musk utama dalam syarikat itu.
Kekacauan tersebut menyusuli pelancaran perkhidmatan langganan Twitter Blue di laman web itu yang menyebabkan para pengguna membayar AS$7.99 (RM37.13) sebulan untuk tanda biru selain 'lencana' kelabu untuk beberapa akaun berprofil tinggi.
Bagaimanapun, pada Rabu, Musk membatalkan label kelabu baharu itu dengan serta-merta. - Sinar Harian/Agensi
Topic Berkaitan
#Twitter
#Eksekutif Kanan
#letak jawatan
#Elon Musk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan