awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ekspo Malaysia Fest sasar jualan RM20 juta, 140,000 pengunjung di Singapura

Bernama
Bernama
25/07/2024
15:08 MYT
Ekspo Malaysia Fest sasar jualan RM20 juta, 140,000 pengunjung di Singapura
Aminuddin berkata FAMA yakin angka itu mampu dicapai berdasarkan sambutan menggalakkan pada kesemua enam edisi Malaysia Fest terdahulu. - Gambar Bernama
SINGAPURA: Ekspo Malaysia Fest 2024 selama empat hari bermula Khamis di Singapore Expo, Changi, menyasarkan nilai jualan langsung hampir RM20 juta dan 140,000 pengunjung, kata Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Aminuddin Zulkipli.
Beliau berkata FAMA yakin angka itu mampu dicapai berdasarkan sambutan menggalakkan pada kesemua enam edisi Malaysia Fest terdahulu.
"Berdasarkan tahun-tahun lepas, kita dapati angka-angka meningkat termasuk dari segi kehadiran pengunjung dan nilai jualan.
"Penyertaan daripada negeri-negeri juga memberangsangkan. Kita mengharapkan tahun ini kita mampu capai sasaran," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Malaysia Fest 2024, di sini pada Khamis.
Pada edisi 2023, Malaysia Fest mencatatkan nilai jualan RM17.8 juta dengan kehadiran 135,000 pengunjung.
Sejak edisi pertama pada 2016, ekspo itu merekodkan RM52.63 juta nilai jualan dengan melibatkan 1,455 orang usahawan.
Aminuddin berkata ekspo anjuran Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui FAMA dengan kerjasama MegaXpress International Pte.Ltd menawarkan 300 reruai dengan pelbagai produk menarik dari Malaysia, antaranya produk pertanian, agromakanan, pelancongan, kesihatan, fesyen, dan kecantikan.
Beliau berkata FAMA membawakan produk segar tempatan seperti buah-buahan bermusim dan buah-buahan nadir sejumlah 20 tan dan 2,000 stock keeping unit (SKU) seperti produk agromas, jeruk madu, dan aneka snek.
Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar berkata ekspo berkonsepkan pameran perdagangan dan pengguna itu merupakan platform terbaik untuk mengembangkan pasaran produk tempatan terutamanya bagi usahawan mikro, kecil dan sederhana ke pasaran global.
Beliau berkata Singapura dan Malaysia yang menjalin hubungan akrab dalam segenap bidang merupakan destinasi utama untuk produk pertanian dan agromakanan dengan nilai dagangan mencecah RM5 bilion pada 2023.
"Permintaan produk Malaysia sangat baik dan berpotensi besar. Malaysia Fest sentiasa dinanti-nantikan oleh rakyat Singapura," katanya ketika melancarkan ekpo berkenaan.
Sementara itu, Malaysia Fest 2024 turut menampilkan artis tanah air dan produk selebriti.Selebriti, Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan berkata beliau sekali lagi menyertai Malaysia Fest selepas produk jualannya laris pada edisi sebelum ini.
"Alhamdulillah tahun lepas semua sold out. Tahun ini saya sekali lagi bawa produk yang mendapat sambutan seperti rempeyek, kek coklat dan kerepek malinja," katanya pada Bernama.
Sementara itu, usahawan dari Ipoh, Perak, Mohd Helmy Mazly berkata beliau pertama kali menyertai ekspo di Singapura bagi merebut peluang untuk memasarkan produk makanan keluaran syarikatnya.
"Ini peluang yang bagus untuk bawa produk dan bertemu pelanggan di Singapura sambil-sambil cari peluang pasarkan produk di sini," katanya.
Malaysia Fest 2024 bertemakan "Explore the Gems of Malaysia" dianjurkan dari 25 hingga 28 Julai di Hall 5A dan 5B, Singapore Expo dari 10 pagi hingga 10 malam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia Fest 2024
#FAMA
#pelancongan
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan