HANOI: Di sebalik inflasi dan kesukaran dalam sektor perdagangan, eksport kopi Vietnam mencatat pertumbuhan kukuh, dan nilai eksport dijangka mencatat rekod AS$4 bilion tahun ini, menurut pakar.
Menurut Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar (MARD) negara itu, eksport kopi dalam tempoh sembilan bulan pertama 2022 mencecah hampir AS$3.1 bilion, meningkat 37.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Harga kopi eksport meningkat hampir 22 peratus kepada purata kira-kira AS$2,280 setiap tan, lapor Agensi Berita Vietnam.
Data MARD menunjukkan Kesatuan Eropah (EU) terus menjadi pasaran terbesar kopi Vietnam dengan bahagian pasaran sebanyak 39 peratus untuk tempoh lapan bulan pertama tahun ini, mencecah hampir 490,700 tan metrik dengan nilai AS$1.1 bilion, iaitu peningkatan melebihi 27 peratus dalam jumlah (volume) dan lebih 54 peratus dalam nilai (value) berbanding tempoh yang sama setahun lalu.
Walaupun inflasi mencecah paras tertinggi 20 tahun, eksport kopi ke EU masih berkembang dengan baik.
Institut itu menekankan bahawa kopi merupakan komoditi penting, minuman yang sangat diperlukan di negara-negara Barat, dan pengurangan tarif daripada Perjanjian Perdagangan Bebas EU-Vietnam (EVFTA) juga membawa kelebihan yang besar kepada pengeksport kopi ke pasaran ini.
Selain EU, jumlah kopi yang dieksport ke pasaran lain turut mencapai pertumbuhan memberangsangkan, termasuk Rusia naik 17.3 peratus, UK meningkat 57.9 peratus, India meningkat 116 peratus dan Mexico melonjak 52 kali ganda.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 09 2022
Eksport kopi Vietnam mencatat pertumbuhan kukuh, dan nilai eksport dijangka mencatat rekod AS$4 bilion tahun ini. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Eksport kopi Vietnam catat rekod baharu
Eksport kopi Vietnam mencatat pertumbuhan kukuh, dan nilai eksport dijangka mencatat rekod AS$4 bilion tahun ini.
Ceritalah ASEAN: Kopi punca rezeki keluarga pasca 'Doi Moi' Vietnam
Pasukan Ceritalah berkunjung ke wilayah penanaman kopi di Dak Lak dan meluangkan masa bersama bekas askar, Nguyen Van Tuyen.