Gerakan ke arah membenarkan penggunaan ganja di Malaysia kerap mengatakan tumbuhan ini mempunyai pelbagai kegunaan antaranya untuk merawat kemurungan, mengurangkan kesan kemoterapi dan ada juga yang percaya ia boleh merawat kanser.
Kajian terkini daripada Charles Darwin University (CDU) dan RMIT dari Australia kini mengatakan ekstrak ganja cannabis sativa didapati boleh memperlahankan pertumbuhan sel melanoma (kanser kulit) sebelum mengakibatkan kematian sel kanser.
Ekstrak yang diberi nama PHEC-66 diuji di makmal pada sel melanoma manusia. Ia menghalang pembelahan serta pertumbuhan sel kanser melanoma yang perlu untuk ia berkembang. Ini seterunya menyebabkan sel kanser menjalani proses apoptosis iaitu kematian sel secara berperingkat.
Penyelidik kini ingin membangunkan teknik untuk menyampaikan PHEC-66 kepada sel melanoma pada tubuh manusia sebelum seterusnya memulakan ujian klinikal bagi melihat keberkesanannya.
Pada waktu yang sama penyelidik percaya PHEC-66 mempunyai potensi sebagai ejen anti kanser untuk rawatan pelbagai jenis kanser lain. - Sinar Harian
Amanz
Tue Feb 13 2024
Skstrak ganja 'cannabis sativa' didapati boleh memperlahankan pertumbuhan sel melanoma (kanser kulit) sebelum mengakibatkan kematian sel kanser. - Gambar hiasan
Komuniti perniagaan perlu teroka pelaburan baharu di Kazakhstan - PM Anwar
Komuniti perniagaan perlu terus meneroka peluang perniagaan dan pelaburan baharu di Kazakhstan, negara terbesar di Asia Tengah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Rakyat Malaysia digesa patuhi peraturan visa haji - Konsulat Jeneral
Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah mengingatkan semua rakyat Malaysia yang berhasrat menunaikan ibadah haji pada tahun ini agar memastikan mereka memiliki visa atau permit haji yang sah.
Peruntukan RM320 juta diperoleh Julai
Peruntukan RM320 juta yang diluluskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi tujuan penyelesaian jangka pendek isu masalah bekalan air di Sabah dijangka akan diperoleh pada Julai tahun ini.
Tiada kompromi isu tuntutan 40 peratus hasil negeri
Kerajaan negeri menegaskan untuk tidak akan berkompromi terhadap isu tuntutan 40 peratus hasil yang dikutip Kerajaan Persekutuan di negeri ini, seperti terkandung dalam Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.
Pengasingan kuasa AG, Pendakwa Raya harap selesai tahun ini
Semua pihak mempunyai hak untuk mendapatkan pengadilan di mahkamah.
Keuntungan bersih Maxis meningkat kepada RM353 juta pada suku pertama 2024
Keuntungan bersih Maxis Bhd meningkat kepada RM353 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2024.
Tak perlu lagi redah perjalanan lebih sejam ke klinik
Penduduk Kampung Togop Darat 1 di Ranau, Sabah sebelum ini terpaksa membuat perjalanan lebih satu jam untuk ke pekan terdekat bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Saya ingat orang buat cerita - Bapa
Pada awalnya Ahmad Said Md Piah, 65, menyangka berita mengenai
Ekonomi Malaysia berada di landasan untuk berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini - BNM
Bank Negara Malaysia (BNM) kekal mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini.
Ekstrak ganja didapati boleh membunuh sel kanser
Kajian terkini daripada Charles Darwin University (CDU) dan RMIT Australia mengatakan ekstrak ganja boleh memperlahankan pertumbuhan sel kanser kulit sebelum membunuhnya.