KUALA LUMPUR: Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah mengingatkan semua rakyat Malaysia yang berhasrat menunaikan ibadah haji pada tahun ini agar memastikan mereka memiliki visa atau permit haji yang sah sebelum memulakan perjalanan ke Arab Saudi.
Menerusi beberapa hantaran di X, Konsulat Jeneral mengulangi komitmen mereka untuk membantu rakyat Malaysia di Arab Saudi.
Bagaimanapun Konsulat Jeneral mengingatkan bahawa individu yang melanggar peraturan dan undang-undang Arab Saudi mesti bersedia untuk berdepan tindakan dikenakan.
"Mana-mana individu yang didapati tidak memiliki visa/permit haji yang sah akan dikenakan denda sebanyak SAR10,000 atau bersamaan RM12,485.81 (AS$2,666.66) dan akan dihantar pulang ke negara asal (tanpa sempat menunaikan haji), selain disenarai hitam dari memasuki negara ini," katanya.
Konsulat Jeneral pada masa sama menasihati semua rakyat Malaysia agar mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.
Ini termasuk mengelak daripada cuba menunaikan ibadah haji tanpa visa atau permit haji yang sah seperti visa pelancong, visa umrah dan sebagainya.
Rakyat Malaysia juga disarankan untuk membuat semakan terlebih dahulu mengenai pakej haji yang ditawarkan di luar pengurusan rasmi Tabung Haji.
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan arahan tegas bahawa hanya individu yang memiliki visa atau permit haji yang sah sahaja dibenarkan berada di Mekah mulai 24 Mei bagi menunaikan ibadah haji.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 17 2024
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan arahan tegas bahawa hanya individu yang memiliki visa atau permit haji yang sah sahaja dibenarkan berada di Mekah mulai 24 Mei. - Gambar hiasan/Bernama
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
Rakyat Malaysia digesa patuhi peraturan visa haji - Konsulat Jeneral
Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah mengingatkan semua rakyat Malaysia yang berhasrat menunaikan ibadah haji pada tahun ini agar memastikan mereka memiliki visa atau permit haji yang sah.