awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elak ketagih digital, penduduk kampung dilarang guna telefon waktu malam

Faida Rahim
Faida Rahim
08/10/2022
11:17 MYT
Elak ketagih digital, penduduk kampung dilarang guna telefon waktu malam
Lebih satu pertiga kanak-kanak di India mengalami masalah hilang tumpuan akibat penggunaan telefon bimbit. - Gambar hiasan/Unsplash
NEW DELHI: Uniknya amalan di sebuah kampung di India apabila tepat sahaja jam 7 malam, kesemua penduduk mematikan televisyen dan peranti mudah alih mereka.
Semuanya sebagai salah satu langkah penduduk untuk melindungi anak-anak daripada 'ketagihan digital’.
Memetik laporan Arab News, suasana di perkampungan Mohityanche Vadgaon dalam negeri Maharashtra, dilaporkan sunyi selepas jam 7 malam.
Ketua Kampung, Vijay Mohite memberitahu penduduk di kampungnya kini seakan sudah terbiasa dengan rutin harian yang dilaksanakan sejak 15 Ogos lalu.
“Rutin ini adalah langkah ‘pembersihan digital' selama 90 minit setiap hari. Sejak wabak COVID-19 menyerang dunia, kanak-kanak mengikuti kelas dalam talian, ramai daripada mereka yang ketagih dengan telefon bimbit sekali gus menjejaskan tingkah laku akademik dan emosi.
“Kami sedar peraturan seperti ini menentang arus kemajuan, tetapi cara ini dilihat boleh membantu anak-anak agar mempunyai masa depan cerah,” katanya.
Masalah ketagihan digital sudah lama disedari oleh pihak berkuasa dan ibu bapa di India apabila sekatan susulan wabak COVID-19 yang panjang, didapati menghalang kanak-kanak daripada mengikuti aktiviti berkumpulan selama hampir dua tahun.
Pada Mac lalu pula, Menteri Elektronik dan Teknologi Maklumat, Rajeev Chandrasekhar berkata, lebih satu pertiga kanak-kanak di India mengalami masalah hilang tumpuan akibat penggunaan telefon bimbit.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kampung Mohityanche Vadgaon d
#Kanak-kanak
#ketagihan digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan