awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
Bas ekspres terbabas punca kemalangan tiga kenderaan di lebuh raya PLUS - Polis
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elon Musk catat kerugian RM719.4 bilion

Astro Awani
Astro Awani
12/01/2023
10:13 MYT
Elon Musk catat kerugian RM719.4 bilion
Elon Musk menjadi manusia pertama dalam sejarah mengalami kerugian RM719.4 bilion daripada nilai kekayaan. - Gambar fail REUTERS
BILIONAIR Elon Musk, yang sebelum ini individu terkaya di dunia, memecah rekod dunia apabila pengasas Tesla dan pemilik Twitter itu menjadi manusia pertama dalam sejarah mengalami kerugian AS$165 bilion (RM719.4 bilion) daripada nilai kekayaan, demikian menurut Guinness World Records.
Menurut laman web itu, kerugian itu direkodkan hartawan itu dari November 2021 hingga Disember lalu.
Laporan itu memberitahu, angka itu berdasarkan data daripada senarai Forbes, namun Guinness World Records menjangkakan jumlah itu lebih tinggi daripada itu.
Ini berikutan kejatuhan mendadak nilai sahamnya dalam syarikat kereta elektrik, Tesla tahun lalu.
Pengambilalihan Twitter bernilai AS$44 bilion (RM207.6 bilion) mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pelabur kerana berpendapat, jutawan itu tidak memberi perhatian yang secukupnya kepada syarikat kereta elektrik.
Kerugian Musk sejak November 2021 melepasi rekod jutawan teknologi warga Korea-Jepun, Masayoshi Son yang kehilangan sekitar A$60 bilion (RM261.54 bilion) pada tahun 2000, sewaktu era kejatuhan laman sesawang Dotcom.
Pada 7 Disember lalu, Musk kehilangan seketika tempat teratas dalam senarai jutawan Forbes kepada Bernard Arnault, yang mana keluarganya memiliki syarikat fesyen mewah terkemuka dunia, LVMH.
Nilai saham Tesla menurun sekitar 65 peratus pada tahun lalu.
Syarikat itu hanya berjaya mengeluarkan 1.3 juta kenderaan, kurang daripada jangkaan awal.
Topic Berkaitan
#Elon Musk
#individu terkaya
#kerugian terbanyak
#Guinness World Records
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan