awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elon Musk disaman jana imej filem Blade Runner 2049 dengan AI

Amanz
Amanz
22/10/2024
05:10 MYT
Elon Musk disaman jana imej filem Blade Runner 2049 dengan AI
Elon Musk disaman oleh Alcon Entertainment atas kesalahan menggunakan imej yang dijana AI semasa acara We, Robot. - Gambar fail
DUA minggu lepas pada acara 'We, Robot', Tesla telah memperlihatkan dua kenderaan swapandu baharu mereka iaitu Cybercab dan Robovan.
Pada acara tersebut, Elon Musk ada menyebut mengenai masa hadapan seakan filem fiksyen 'Blade Runner' dan turut menggunakan imej latar belakang mirip dari filem 'Blade Runner 2049' yang dijana menggunakan AI.
Elon Musk baru-baru ini telah disaman oleh Alcon Entertainment atas kesalahan menggunakan imej tersebut.
 Imej janaan AI di acara We, Robot. - Foto Amanz
Imej janaan AI di acara We, Robot. - Foto Amanz
Alcon Entertainment menyaman bukan sahaja Elon Musk tetapi juga Warner Bros Discovery.
Ini kerana hak filem Blade Runner 2049, termasuk dengan imej-imej dari filem, adalah milik Alcon.
Elon dan Warner Bros disaman selepas permohonan mereka menggunakan imej dari filem Blade Runner 2049 ditolak dan acara We, Robot menggunakan imej yang sama yang dijana semula dengan AI.
Walaupun tayangan filem adalah oleh Warner, mereka hanya memegang lesen dan tidak dibenarkan menggunakan imej untuk acara penstriman besar-besaran.
Imej sebenar dari filem Blade Runner 2049. - Foto Amanz
Imej sebenar dari filem Blade Runner 2049. - Foto Amanz
Alcon Entertainment turut menegaskan yang mereka tidak mahu produk dan karya Blade Runner 2049 berkait dengan Elon Musk serta Tesla, kerana mendakwa jenama tersebut kerap dipolitikkan dan kadangkala menjurus kepada ucapan kebencian.
Imej yang dikatakan ini adalah visual pandangan belakang Officer K lakonan Ryan Gosling bersama dengan kereta futuristik di latar belakang masa hadapan fiksyen.
Alcon Entertainment tidak mendedahkan berapakah jumlah tuntutan kerosakan yang mereka minta dari Elon Musk dan Warner Bros Discovery.
Sumber: The Verge
Topic Berkaitan
#Elon Musk
#blade runner 2049
#saman
#Alcon Entertainment
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan