WASHINGTON: Pemilik Twitter, Elon Musk melancarkan tinjauan menerusi media sosial itu pada Jumaat sama ada bekas Presiden Donald Trump patut dibenarkan kembali ke platform itu.

"Kembalikan semula akaun bekas Presiden Trump," menurut ciapan Musk yang memperoleh lebih 4.4 juta reaksi ketika ia diterbitkan.

Lebih 55 peratus pengguna mengundi "ya" manakala 44 peratus memutuskan "tidak."

Beberapa jam sebelum itu, jutawan Amerika itu membayangkan beliau sedang mempertimbangkan untuk mengembalikan semula akaun Twitter Trump, lapor Agensi Anadolu.

"Keputusan mengenai (akaun) Trump masih belum dibuat," menurut ciapan Musk, ketika beliau mengumumkan tiga akaun berprofil tinggi yang diharamkan oleh gergasi media sosial itu sebelum ini dikembalikan semula.

Akaun Twitter milik Kathie Griffin, Jorden Peterson dan Babylon Bee telah dikembalikan semula, katanya.

Trump mempunyai kira-kira 88.8 juta pengikut sebelum Twitter menggantung akaun bekas Presiden AS secara kekal pada Januari 2021, berikutan peranannya dalam rusuhan 6 Jan di Capitol AS dan berpotensi menggalakkan lebih banyak keganasan. - BERNAMA