awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran Trump kepada Republikan: "Jika kalah pilihan raya pertengahan penggal, saya akan dipecat"
"Tiada siapa boleh lawan kita" - Trump puji ‘kejayaan ketenteraan luar biasa’ di Venezuela
Cuba dedah identiti 32 anggota maut dalam serangan AS ke atas Venezuela, Washington pertahan tindakan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empangan runtuh: Gergasi perlombongan Vale didenda US$17 juta

Bernama
Bernama
16/08/2022
08:49 MYT
Empangan runtuh: Gergasi perlombongan Vale didenda US$17 juta
Pada 25 Januari 2019, empangan Vale pecah di Brumadinho, menyebabkan sekurang-kurangnya 270 orang terbunuh atau hilang. - Gambar fail/ Reuters
MOSCOW: Ketua Pengawal Am Kesatuan Brazil (CGU) mengenakan denda berjumlah 86 juta reais Brazil (US$16.8 million) terhadap syarikat perlombongan Vale berikutan kejadian bencana empangan runtuh di perbandaran Brumadinho, Brazil pada 2019, kata syarikat itu pada Isnin.
Sputnik melaporkan pada 25 Januari 2019, empangan Vale pecah di Brumadinho, menyebabkan sekurang-kurangnya 270 orang terbunuh atau hilang.
"Vale memaklumkan bahawa Ketua Pengawal Am Kesatuan (CGU) ... merumuskan bahawa Vale gagal memberikan Agensi Perlombongan Kebangsaan (ANM) maklumat yang boleh dipercayai tentang Empangan I di Brumadinho ... CGU mengenakan denda sekitar 86.3 juta reais Brazil," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
Vale dikenakan denda seminimum yang mungkin mengikut undang-undang kerana ia memperakui bahawa pengurusan kanan syarikat tidak terlibat dalam kemalangan itu, kata kenyataan itu, sambil menambah bahawa syarikat itu tidak bersetuju dengan keputusan itu dan akan memfailkan permohonan untuk pertimbangan semula dalam tempoh 10 hari akan datang.
Vale ialah antara pengeluar bijih besi dan nikel terbesar di dunia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#empangan runtuh
#Brazil
#gergasi perlombongan
#Vale
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan