Skip to main content

Dunia

Empat maut, dua hilang selepas letupan musnahkan bangunan di Athens

Sekurang-kurangnya empat orang ditemukan maut manakala dua lagi hilang selepas letupan memusnahkan sebuah bangunan di Athens, ibu negara Greece. - Foto AP
Sekurang-kurangnya empat orang ditemukan maut manakala dua lagi hilang selepas letupan memusnahkan sebuah bangunan di Athens, ibu negara Greece. - Foto AP
Advertisement

ATHENS (GREECE): Sekurang-kurangnya empat orang ditemukan maut manakala dua lagi hilang selepas letupan memusnahkan sebuah bangunan di Athens, ibu negara Greece, menurut media kerajaan pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Menurut penyiar awam Greece, Hellenic Broadcasting Corporation (ERT), pasukan mencari dan menyelamat menemukan mayat seorang wanita dan tiga lagi mangsa di bawah runtuhan di daerah bersejarah Plaka di bandar raya itu.

Laporan awal menunjukkan seorang daripada mangsa ialah wanita warga Amerika Syarikat yang sedang bercuti di Athens dan menyewa untuk tempoh singkat sebuah daripada unit pangsapuri di bangunan yang runtuh itu bersama keluarganya.

Advertisement

Operasi menyelamat masih diteruskan dengan pihak berkuasa menganggarkan dua lagi mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan. Punca letupan masih belum dikenal pasti.

Letupan berlaku pada pagi Jumaat, memusnahkan sepenuhnya bangunan itu dan menyebabkan kerosakan teruk pada dua bangunan bersebelahan.

Advertisement

Seorang pemandu yang melalui kawasan itu mengalami kecederaan ringan akibat letupan berkenaan, manakala anggota bomba menyelamatkan dua wanita dari sebuah bangunan bersebelahan yang rosak.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video

Advertisement