Empat orang termasuk penyerang maut dalam satu insiden tembakan di Aurora, Amerika Syarikat.

Tiga mangsa dibunuh sebelum polis tiba di tempat kejadian.

Manakala suspek, maut dalam insiden berbalas tembakan dengan polis, kira-kira 45 minit selepas polis menyerbu rumah itu.

Dia sebelum itu dilaporkan bersembunyi di dalam rumah selama lima jam sebelum diserbu polis.

Setakat ini tidak diketahui sama ada mangsa menembak diri sendiri atau dibunuh oleh pihak berkuasa.

Punca kejadian masih disiasat. Seorang wanita dilaporkan berjaya diselamatkan.