awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat pekerja maut jatuh dalam lubang pembetung ketika pemeriksaan paip kumbahan

Astro Awani
Astro Awani
03/08/2025
07:20 MYT
Empat pekerja maut jatuh dalam lubang pembetung ketika pemeriksaan paip kumbahan
Empat pekerja berusia 50-an maut selepas terjatuh ke dalam lubang pembetung sedalam 12 meter ketika menjalankan pemeriksaan paip kumbahan di Gyoda, utara Tokyo. -Gambar hiasan/Adobe
SAITAMA: Empat pekerja berusia lingkungan 50-an maut selepas terjatuh ke dalam lubang pembetung ketika menjalankan pemeriksaan paip kumbahan di bandar Gyoda, utara Tokyo, pada Sabtu.

Ringkasan AI
  • Empat pekerja berusia 50-an maut selepas terjatuh ke dalam lubang pembetung sedalam 12 meter ketika menjalankan pemeriksaan paip kumbahan di Gyoda, utara Tokyo.
  • Mangsa dipercayai terhidu gas hidrogen sulfida beracun yang keluar dari lubang tersebut sebelum disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.
  • Pemeriksaan dilakukan susulan insiden tanah runtuh di Saitama, dan siasatan lanjut masih dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan.

Menurut laporan media tempatan dan agensi penyiaran NHK yang memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan, kejadian berlaku ketika kumpulan pekerja itu menjalankan pemeriksaan kecemasan susulan insiden tanah runtuh besar di wilayah Saitama pada Januari lalu.
Seorang pekerja dilaporkan terjatuh terlebih dahulu ke dalam lubang pembetung sedalam lebih 12 meter dengan diameter hanya 60 sentimeter, sebelum tiga lagi rakan sekerjanya turut terjatuh ketika cuba menyelamatkan mangsa pertama.
Pasukan bomba Gyoda yang tiba di lokasi mengesan kehadiran gas hidrogen sulfida — sejenis gas beracun dalam kepekatan tinggi — keluar dari lubang berkenaan.
Keempat-empat mangsa berjaya dikeluarkan dan dibawa ke hospital, namun disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.
Seorang pegawai bandar Gyoda yang enggan dikenali berkata, pemeriksaan tersebut dijalankan sebagai sebahagian daripada usaha mengenal pasti paip kumbahan lama yang berisiko runtuh.
“Keadaan sebenar yang membawa kepada kemalangan masih belum jelas, jadi terlalu awal untuk kami mengeluarkan kenyataan,” katanya kepada AFP.
Topic Berkaitan
#Jepun
#lubang pembetung
#pemeriksaan paip kumbahan
#Gyoda
#gas hidrogen sulfida beracun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan