awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Dua anggota penguat kuasa MBPP cedera belon dirampas meletup
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat vaksin China lulus untuk dieksport setakat ini

Bernama
Bernama
23/06/2021
06:42 MYT
Empat vaksin China lulus untuk dieksport setakat ini
Dua daripadanya iaitu Sinopharm Beijing dan SVA telah disenaraikan sebagai vaksin penggunaan kecemasan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). - Gambar fail
BEIJING: China mengumumkan senarai kemas kini empat vaksin yang mendapat kelulusan untuk dieksport ke luar negara, di sini, pada Selasa.
Empat vaksin itu termasuk vaksin buatan China National Pharmaceutical Group Beijing (Sinopharm Beijing), Sinovac Biotech (SVA), CanSino Biologics dan China National Pharmaceutical Group Wuhan (Sinopharm Wuhan).
Daripada kesemua vaksin tersebut, dua daripadanya iaitu Sinopharm Beijing dan SVA telah disenaraikan sebagai vaksin penggunaan kecemasan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Dalam kemas kini itu turut dimaklumkan kesemua vaksin itu telah disuntik secara besar-besaran di negara ini, serta mendapat kelulusan untuk digunakan di lebih 100 negara di dunia.
Menurut Ketua Jabatan Perdagangan Luar, Kementerian Perdagangan China, Li Xingqian, ia menunjukkan hasrat China untuk menjadikan vaksin sebagai produk kesihatan awam global, selain memperkukuh kerjasama antarabangsa melawan wabak.
"China menyokong semua syarikat vaksin tersebut untuk meningkatkan bekalan vaksin kepada luar negara agar pelbagai negara khususnya negara membangun dapat dibantu dalam memperoleh vaksin.
"Kami juga akan terus menghulurkan bantuan kepada pelbagai negara yang berhasrat untuk membeli vaksin buatan China," ujar Li.
Tambah beliau, China akan terus membantu syarikat vaksin China untuk merapatkan kerjasama dengan WHO untuk melaksanakan pelan COVAX, serta menjanlankan kerjasama penyelidikan dan pengeluaran vaksin dengan negara luar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#vaksin
#China
#WHO
#COVAX
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#Sinopharm
#Beijing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan