awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam disahkan terkorban akibat letusan gunung berapi Sinabung

Bernama
Bernama
22/05/2016
15:09 MYT
Enam disahkan terkorban akibat letusan gunung berapi Sinabung
Gunung Sinabung meletus sambil memuntahkan debu panas kira-kira pukul 5 petang Sabtu. - Foto AFP
Enam orang disahkan maut manakala tiga lagi dilaporkan dalam keadaan kritikal akibat terkena debu panas gunung berapi Sinabung di daerah Karo, Sumatera Utara yang meletus sejak semalam.
Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Manusia Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Sutopo Purwo Nugroho dalam kenyataan media berkata, kesemua mangsa adalah penduduk tempatan.
Mangsa telah dihantar ke Hospital Efarina Etaham Kabanjahe di Karo.
Sutopo berkata, Gunung Sinabung meletus sambil memuntahkan debu panas kira-kira pukul 5 petang semalam dan pasukan mencari dan menyelamat masih menjalankan operasi bagi mengesan mangsa lain di kawasan Kampung Gamber di daerah itu.
Katanya, pihak berkuasa telahpun mengeluarkan amaran zon merah di kampung berkenaan dan penduduk dilarang menghampiri kawasan itu tetapi masih terdapat penduduk yang memasuki kampung tersebut bagi tujuan aktiviti perladangan.
"Alasan ekonomi adalah faktor utama yang menyebabkan masyarakat Desa Gamber tetap nekad melanggar larangan masuk ke kampung mereka," katanya.
Gunung berapi setinggi 2,460 meter itu adalah antara yang paling aktif di Indonesia dan pada 2014 beberapa penduduk terbunuh dan beribu-ribu yang lain dipindahkan akibat letusan gunung berapi itu.
Topic Berkaitan
#gunung berapi
#Gunung Sinabung
#mangsa korban
#sumatera utara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan