awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam maut dalam pertempuran di selatan Filipina

Bernama
Bernama
04/12/2017
08:58 MYT
Enam maut dalam pertempuran di selatan Filipina
Pertempuran itu yang terbaharu membabitkan pasukan keselamatan Filipina dengan anggota bersenjata Parti Komunis Filipina, selepas Presiden Rodrigo Duterte (gambar) mengarahkan rundingan antara kedua-dua pihak dihentikan. - Gambar fail
Enam orang terbunuh dalam pertempuran antara tentera kerajaan dengan pemberontak di selatan Filipina pada Ahad, lapor agensi berita China Xinhua, memetik sumber tentera pada Isnin.
Pertempuran terbaharu itu meletus di bandar raya Tasik Sebu di wilayah Cotabato Selatan Mindanao, beberapa jam selepas pemberontak menyerbu sebuah balai polis di wilayah Misamis Oriental, yang mencederakan enam anggota polis.
Jurucakap tentera, Mejar Ezra Balagtey berkata, dua askar dan empat gerila Tentera Rakyat Baharu terbunuh dalam pertempuran selama sejam di kampung Ned itu.
Pertempuran berkenaan adalah yang terbaharu membabitkan pasukan keselamatan Filipina dengan anggota bersenjata Parti Komunis Filipina (CPP), selepas Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengarahkan rundingan antara kedua-dua pihak dihentikan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#balai polis
#Filipina
#maut
#Parti Komunis Filipina
#pemberontak
#pertempuran
#Rodrigo Duterte
#Tasik Sebu
#tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan