awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam maut, ratusan cedera dalam ketegangan di Jakarta

Agensi
Agensi
22/05/2019
04:39 MYT
Enam maut, ratusan cedera dalam ketegangan di Jakarta
Polis Indonesia lepaskan gas pemedih mata suraikan bantahan kemenangan Jokowi. - Foto REUTERS
Sekurang-kurangnya enam maut manakala 200 lagi cedera dalam ketegangan yang melanda ibu kota Jakarta, Indonesia selepas pengumuman kemenangan Joko Widodo dalam Pilihan Raya Presiden (Pilpres 2019) oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia pada Selasa.
“Sehingga jam 9 pagi ini, lebih 200 yang cedera telah dibawa ke lima hospital,” kata Gabenor, Anies Baswedan kepada sebuah stesen televisyen.
“Jumlah yang maut pula adalah seramai enam orang,” katanya lagi.
Pihak hospital kini sedang menjalankan bedah-siasat keatas mangsa yang kebanyakannya adalah penyokong calon presiden, Jeneral Prabowo Subianto.
BACA: Polis Indonesia lepaskan gas pemedih mata suraikan bantahan kemenangan Jokowi
Menurut pengumuman itu, Jokowi mendapat 55.5 peratus undi mengatasi pesaingnya Jeneral Prabowo yang mendapat 45 peratus undi dalam undian yang berlangsung 17 April lalu.
Komisi Pemilihan Umum (KPU) Indonesia mengumumkan keputusan itu pada Selasa sehari lebih awal dari yang dijadualkan, selepas proses pengiraan undi di 813,350 Tempat Pembuangan Suara atau pusat pengundian, selesai 11.30 malam, Isnin.
Topic Berkaitan
#calon
#cedera
#Hospital
#Indonesia
#Jakarta
#Joko Widodo
#mangsa
#maut
#pemilihan
#pilihan raya
#Pilpres 2019
#Prabowo Subianto
#presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan