awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Erdogan bawa resolusi desak AS tarik balik pengiktirafan Baitulmaqdis ke UNGA

Agensi
Agensi
19/12/2017
20:40 MYT
Erdogan bawa resolusi desak AS tarik balik pengiktirafan Baitulmaqdis ke UNGA
Turki akan membawa resolusi untuk menggesa Amerika Syarikat (AS) menarik semula pengiktirafan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), kata Presidennya Recep Tayyip Erdogan - foto Reuters
Turki akan membawa resolusi untuk menggesa Amerika Syarikat (AS) menarik semula pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA).
Presidennya Recep Tayyip Erdogan berkata sokongan dua pertiga di Perhimpunan Agung memberi isyarat bahawa keputusan yang dibuat Majlis Keselamatan ditolak.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Djibouti, Ismail Omar Guelleh.
BACA: AS veto draf resolusi PBB berkaitan Baitulmaqdis
Tiada negara yang memegang kuasa veto dalam perhimpunan berkenaan, tidak seperti Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) yang menyaksikan Britain, China, Perancis, Russia dan AS mempunyai kuasa untuk menyekat sebarang resolusi.
Resolusi untuk mendesak AS menarik semula pengiktirafan tersebut di UNSC dikemukakan oleh Mesir.
Namun, AS menggunakan kuasa veto untuk menolak draf resolusi walaupun 14 negara lain menyokong resolusi tersebut.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Baitulmuqaddis
#Erdogan
#Israel
#PBB
#perhimpunan
#Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan