Skip to main content

Malaysia

Tiga beranak maut kemalangan, kereta langgar belakang lori

Tiga maut manakala seorang kanak-kanak lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki empat beranak dipercayai melanggar belakang lori di Jalan Raja Muda Musa menghala ke Tanjong Karang hari ini. - Foto Sinar Harian
Tiga maut manakala seorang kanak-kanak lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki empat beranak dipercayai melanggar belakang lori di Jalan Raja Muda Musa menghala ke Tanjong Karang hari ini. - Foto Sinar Harian

Advertisement

SHAH ALAM: Tiga maut manakala seorang kanak-kanak lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki empat beranak dipercayai melanggar belakang lori di Jalan Raja Muda Musa menghala ke Tanjong Karang hari ini. 

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 1.37 tengah hari sebelum menggerakkan anggota ke lokasi. 

“Kemalangan membabitkan mangsa warga tempatan, seorang wanita berusia 44 tahun yang juga ibu kepada tiga kanak-kanak yang berada di dalam kereta terbabit. Kemalangan itu menyebabkan keempat-empat mangsa tersepit. 

“Dalam kejadian ini, mangsa kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Ashrul berkata operasi melibatkan kekuatan empat anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang. 

-- BERNAMA 

 

Must Watch Video

Advertisement