awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Etnik minoriti Uyghur ditindas, Malaysia perlu ambil pendekatan lebih jelas'

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
20/04/2022
05:15 MYT
'Etnik minoriti Uyghur ditindas, Malaysia perlu ambil pendekatan lebih jelas'
Masyarakat antarabangsa digesa memainkan peranan untuk mengetengahkan isu penindasan etnik minoriti Uyghur di China ini, supaya penyelesaian drastik dapat diambil. - Gambar hiasan/ EPA
KUALA LUMPUR: Malaysia perlu mengambil pendekatan lebih jelas dalam isu penindasan etnik minoriti Uyghur di Xinjiang.
Ia selepas isu tersebut hangat diperdebatkan susulan laporan media barat yang mendedahkan "bukti-bukti" penggunaan kekerasan dan layanan tidak berperikemanusiaan ke atas etnik itu oleh kerajaan China.
Menurut pengasas institut pemikir Bait Al-Amanah Dr Abdul Razak Ahmad, langkah itu perlu dilakukan, selain penubuhan wakil khas bagi menangani isu tersebut.
"Ada beberapa perkara yang Malaysia boleh lakukan. Pertama, perlu mendesak kerajaan untuk mempunyai pandangan yang lebih jelas dalam perkara ini.
"Ini kerana, kita tidak begitu konsisten dalam menyuarakan perkara ini walaupun secara jelas kita tidak melakukan perkara yang memudaratkan masyarakat Uyghur di tanah air kita, seperti menghantar mereka pulang.
"Kedua, sudah tiba masanya juga untuk Malaysia mempunyai special envoy (wakil khas) dalam menyuarakan isu Islamofobia - saya melihatnya sebagai isu Islamofobia - agar ia dapat ditangani bukan sahaja di peringkat bilateral, malah di peringkat universal," jelasnya.
Abdul Razak berkata demikian dalam program AWANI Pagi yang membincangkan topik 'Etnik Muslim Uyghur Ditindas China: Benar atau Tidak?' hari ini.
Uyghur Ditindas | Malaysia perlu ambil pendekatan lebih jelas
Malaysia, ujarnya, tidak pernah menyokong pendirian China atau secara jelas mengutuk tindakan China dalam hal ini, kerana mengambil pendekatan lebih sederhana berbanding isu di Palestin dan Syria.
Jelasnya, walaupun ia sukar dilakukan selari dengan usaha memastikan aliran perdagangan dan pelaburan menggalakkan, Malaysia tidak boleh kecundang dalam mempertahankan umat Islam sejagat.
Malah, masyarakat antarabangsa juga memainkan peranan untuk mengetengahkan isu ini agar penyelesaian drastik dapat dilakukan.
Namun, apa sahaja tindakan yang dilakukan, kerajaan perlu mencari jalan penyelesaian yang lebih jelas selain tidak menjejaskan hubungan baik antara Malaysia dan China.
AWANI Pagi: Etnik Muslim Uyghur ditindas China: Benar atau tidak?
Topic Berkaitan
#Islam
#etnik minoriti
#China
#Uyghur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan