ATHENS: Kesatuan Eropah (EU) sedang berbincang untuk mengenakan sekatan terhadap Israel jika ia enggan mematuhi keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mengarahkan Israel menghentikan serta-merta kempen ketenteraannya di bandar Rafah, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik media tempatan pada Isnin.
Penyiar awam RTE yang memetik Menteri Luar Ireland Michael Martin sebagai berkata semasa mesyuarat Komuniti Politik Eropah, menteri-menteri luar EU buat pertama kalinya membincangkan prospek sekatan terhadap Israel jika ia terus mengabaikan perintah mahkamah itu.
"Sudah tentu, jika pematuhan tidak berlaku, maka kita perlu mempertimbangkan semua pilihan," katanya, sambil menambah bahawa Ireland akan menyokong pendekatan sedemikian.
Martin berkata beberapa menteri luar juga telah menyuarakan kemungkinan sekatan terhadap pegawai-pegawai Israel yang membantu dan menyokong peneroka haram Israel yang ganas di Tebing Barat.
Beliau bagaimanapun berkata "terdapat perbezaan pendapat antara mereka yang menyuarakan keperluan untuk pendekatan berasaskan sekatan jika Israel tidak mematuhi keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa, (dan) jelas sekali tiada persetujuan di peringkat Majlis EU memandangkan perspektif yang berbeza di sana."
Sekurang-kurangnya 40 orang maut dan hampir 250 yang lain cedera dalam pengeboman tentera rejim ke atas kem perlindungan penduduk yang kehilangan tempat tinggal di bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza.
Serangan itu berlaku berhampiran pangkalan logistik Agensi PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) di Tal al-Sultan, kata Pejabat Media Gaza.
Pesawat tentera rejim menyasarkan beberapa khemah di kawasan itu dengan menggunakan peluru berpandu dan bom seberat 907.1 kilogram.
ICJ pada Jumaat mengarahkan Israel untuk menghentikan serta-merta serangan tenteranya di Rafah, membuka lintasan Rafah dan membenarkan akses kepada misi pencarian fakta antarabangsa.
Israel telah membunuh lebih 36,000 rakyat Palestin di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas di tengah-tengah kemusnahan infrastruktur dan kekurangan keperluan penting, termasuk makanan, ubat-ubatan dan bekalan bahan api.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 28 2024
EU sedang berbincang mengenakan sekatan terhadap Israel jika ia enggan mematuhi keputusan ICJ.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
EU bincang kenakan sekatan terhadap Israel jika enggan patuh keputusan ICJ
Beberapa menteri luar juga telah menyuarakan kemungkinan sekatan terhadap pegawai-pegawai Israel yang membantu dan menyokong peneroka haram Israel yang ganas di Tebing Barat.