Skip to main content
Advertisement

Teknologi

Instagram uji video mendatar sehingga 90 minit menerusi ciri baharu Features

Ciri baharu tersebut dibangunkan untuk pencipta kandungan seperti podsiar, pelawak dan penerbit siri digital yang mahu menerbitkan kandungan video penuh tanpa perlu mengarahkan penonton ke platform lain.

Ringkasan AI

  • Instagram mula menguji ciri Features yang membolehkan video mendatar berdurasi sehingga 90 minit dikongsi di platform tersebut.
  • Ujian awal ciri ini melibatkan pencipta kandungan terpilih di Brazil dan Amerika Syarikat sebelum diperluaskan ke pasaran lain.
  • Kandungan Features akan dipaparkan dalam suapan, halaman Explore, dan boleh diakses terus tanpa meninggalkan aplikasi Instagram.

SAN FRANCISCO: Instagram memulakan ujian format video mendatar berdurasi sehingga 90 minit menerusi ciri baharu dikenali sebagai Features, sekali gus memperluaskan tawaran kandungan video format panjang di platform itu, lapor Amanz.

Ciri baharu tersebut dibangunkan untuk pencipta kandungan seperti podsiar, pelawak dan penerbit siri digital yang mahu menerbitkan kandungan video penuh tanpa perlu mengarahkan penonton ke platform lain.

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Instagram, Adam Mosseri, bersama Naib Presiden Produk, Tessa Lyons, serentak dengan pengembangan aplikasi televisyen Instagram ke platform Apple TV.

Meta berkata ujian awal Features sedang dijalankan dalam kalangan pencipta kandungan terpilih di Brazil dan Amerika Syarikat sebelum diperluaskan ke pasaran lain.

Menerusi ciri itu, pengguna boleh menonton klip pendek melalui Reels dan kemudian mengakses video penuh menerusi pautan terus tanpa perlu meninggalkan aplikasi.

Selain dipaparkan dalam suapan pengguna, kandungan Features turut akan muncul di halaman Explore bagi membantu meningkatkan capaian dan penemuan kandungan.

Langkah itu menandakan usaha baharu Meta dalam segmen video format panjang selepas syarikat berkenaan menamatkan perkhidmatan IGTV pada 2022 berikutan sambutan yang kurang memberangsangkan.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah ciri baharu yang sedang diuji oleh Instagram? 
    A: Instagram sedang menguji ciri baharu dikenali sebagai Features yang membolehkan video mendatar berdurasi sehingga 90 minit dimuat naik di platform tersebut.
  • Q: Siapakah sasaran utama untuk ciri Features ini? 
    A: Ciri Features dibangunkan untuk pencipta kandungan seperti podsiar, pelawak dan penerbit siri digital yang ingin menerbitkan video penuh tanpa mengarahkan penonton ke platform lain.
  • Q: Di mana ujian awal ciri Features dijalankan? 
    A: Ujian awal ciri Features dijalankan dalam kalangan pencipta kandungan terpilih di Brazil dan Amerika Syarikat sebelum diperluaskan ke pasaran lain.
  • Q: Bagaimana pengguna boleh mengakses video penuh melalui ciri ini? 
    A: Pengguna boleh menonton klip pendek melalui Reels dan kemudian mengakses video penuh menerusi pautan terus tanpa perlu meninggalkan aplikasi Instagram.
  • Q: Apakah langkah Meta sebelum ini berkaitan video format panjang di Instagram? 
    A: Meta sebelum ini telah menamatkan perkhidmatan IGTV pada tahun 2022 selepas sambutan yang kurang memberangsangkan.

Product Recommendation Section Title

ℕ𝔼𝕋𝔽𝕃𝕀𝕏 π”Έβ„‚β„‚π•†π•Œβ„•π•‹ PC/SMART TV ONLY 1/3/6 MONTHS 4K ULTRA HD SUBSCRIPTION ORIGINAL READ FIRST

ℕ𝔼𝕋𝔽𝕃𝕀𝕏 π”Έβ„‚β„‚π•†π•Œβ„•π•‹ PC/SMART TV ONLY 1/3/6 MONTHS 4K ULTRA HD SUBSCRIPTION ORIGINAL READ FIRST

ℕ𝔼𝕋𝔽𝕃𝕀𝕏 PC/SMART TV ONLY 1/3/6 MONTHS 4K ULTRA HD SUBSCRIPTION ORIGINAL READ FIRST

Hy300 Wireless Pro Wifi Bluetooth Cinema Android Mini Led Small Projector projektor 4K Android Mini 1080P Wireless Hy300

Hy300 Wireless Pro Wifi Bluetooth Cinema Android Mini Led Small Projector projektor 4K Android Mini 1080P Wireless Hy300

Must Watch Video

Advertisement