awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rakyat Thailand keluar mengundi untuk pilih Ahli Parlimen baharu
Hari Keselamatan Internet berlangsung di Tasik Titiwangsa hari ini
Perkhidmatan awam laksana urusan tanpa kertas bermula Isnin ini - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EU dakwa Apple eksploitasi pasaran penstriman muzik

Agensi
Agensi
30/04/2021
20:37 MYT
EU dakwa Apple eksploitasi pasaran penstriman muzik
EU dakwa syarikat Apple Inc mengeksploitasi undang-undang antimonopoli blok itu. -Gambar fail
BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) menuduh syarikat Apple Inc mengeksploitasi undang-undang antimonopoli blok itu.
Apple dituduh mengubah persaingan penstriman muzik menerusi tetapannya di aplikasi App Store.
Naib Presiden EU, Margrethe Vestager berkata Apple dengan sengaja menimbulkan persaingan menerusi aplikasi penstiman muziknya, iaitu Apple Music, dengan membuatkan pengguna membayar lebih, selain mengehadkan pilihan mereka dalam aplikasi muzik lain.
“Apple bukan sahaja melakukan ketetapan di Apps Store, malah mencipta persaingan menerusi aplikasinya sendiri yang menentang aplikasi lain.
“Kebimbangan kami adalah, langkah itu akan membuatkan pesaingan di dalam pasaran penstriman muzik lebih memihak kepada Apple iaitu Apple Music.
“Apple Music bagaimanapun tidak terkesan dengan ketetapan dilakukan yang kebiasaannya ditawarkan pada harga 99 euro.
“Kami sangat bimbang ketetapan Apple ini akan memberi impak negatif kepada pesaingnya dengan menaikkan kos, mengurangkan margin mereka termasuk meningkatkan daya tarikan di platform Apple.
Ujarnya, ketetapan Apple menerusi Apps Store membuatkan aplikasi penstriman muzik lain hanya ditinggalkan dengan dua pilihan.
Sama ada membayar 13 peratus bagi setiap langganan yang dibeli di App Store dan terpaksa menaikkan harga tanpa memaklumkan kepada pengguna dengan tawaran lebih murah.
Atau, mereka terus kehilangan akses kepada pengguna Apple bagi langganan yang telah dibayar.
Topic Berkaitan
#Apple
#EU
#Kesatuan Eropah
#apple music
#persaingan penstriman muzik
#eksploitasi undang-undang antimonopoli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan