awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EU desak siasatan, PBB kecam serangan Israel terhadap sekolah UNRWA di Gaza

Bernama
Bernama
07/06/2024
11:32 MYT
EU desak siasatan, PBB kecam serangan Israel terhadap sekolah UNRWA di Gaza
Satu lagi sekolah yang menjadi pusat pelarian diserang. Kali ini di Nuseirat yang dibom malam tadi oleh tentera zionis tanpa amaran awal. Sekurang-kurangnya 35 maut dalam serangan ini. -X @UNLazzarini
BRUSSELS: Wakil Tinggi Kesatuan Eropah (EU) bagi Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan Josep Borrell menggesa siasatan dijalankan ke atas serangan maut Israel ke atas Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Gaza, yang mengakibatkan pembunuhan lebih 40 orang awam.
Borrel dalam catatan di akaun X beliau pada Khamis berkata: "Laporan yang datang dari Gaza berulang kali menunjukkan bahawa keganasan dan penderitaan masih menjadi satu-satunya realiti bagi ratusan ribu orang awam yang tidak bersalah.
"Berita mengerikan ini mesti disiasat secara bebas, selaras dengan perintah ICJ yang lalu," tegasnya, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Reports coming from Gaza time and again show that violence and suffering are still the only reality for hundreds of thousands of innocent civilians. This appalling news must be independently investigated, in line with last @CIJ_ICJ order. 1/2 https://t.co/LkumJqZZpP
— Josep Borrell Fontelles (@JosepBorrellF) June 6, 2024
Sementara itu, satu lagi laporan WAFA dari New York berkata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres, telah mengecam serangan udara Israel yang dahsyat pada Khamis ke atas sebuah sekolah UNRWA yang melindungi penduduk yang kehilangan tempat tinggal di tengah Gaza.
Beliau menyifatkan serangan itu sebagai "satu lagi contoh mengerikan, harga yang dibayar oleh orang awam", lapor sumber itu.
Stephane Dujarric, jurucakap ketua PBB, memberitahu pemberita: "Ini adalah satu lagi contoh ngeri, harga yang dibayar oleh orang awam, bahawa lelaki, wanita dan kanak-kanak Palestin yang hanya cuba bertahan hidup."
"Sudah tentu, beliau mengecam serangan ini. Perlu ada kebertanggungjawaban atas segala yang berlaku di Gaza."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Palestin
#Josep Borrell
#EU
#UNRWA
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan